nuffnang

nuffnang LR

Wednesday, January 18, 2012

Ep 55: Novel

Bekerja kat company yang banyak duit yang berkaitan dengan oil and gas ni, banyak benda yang boleh dapat. Dan biasanya asal ada achievement, contohnya LTI(lost time Incedent) atau LTA(Lost Time Accident) hingga berjuta-juta manhours, pekerja-pekerja pun dapat la voucher. Tapi nak menghabiskan voucher ni yang selalu jadi masalah, nilai voucher yang di beri dalam denomination seratus sekeping dan biasanya 2 ke 3 keping, apalah salahnya kalau bagi dalam denomination 20 baru senang skit nak abiskan. voucher yang susah nak abiskan ni voucher bookstore yang jual macam-macam computer, handphone, camera bukan setakat buku semata-mata . Nak beli DSLR accessories mahal melampau kat Jarir bookstore ni, apalagi kalau accessory computer. (wireless mouse 199! baik pergi Zara)

Buku kat bookstore ni memang murah berbanding mana-mana bookstore di Malaysia. Cuma paham-paham sendiri la kalau bookstore arab, 50 peratus buku dalam bahasa arab dan selebihnya buku english, dan variety buku english tak banyak. Oleh kerana voucher di beri tahun lepas, Eric buat dekk je, bila tinggal 3 minggu sebelum expiry date, baru la nak mengelabah nak cari benda untuk dibeli. jadi benda yang dibeli pun pakai tangkap muat je. dan salah satunya novel John Grisham. Gile lama tak baca novel, but Eric have no choice, takde buku ilmiah atau motivasi yang membuat eric interested nak beli kat bookstore ni.

Tahun lepas ada ke eric baca novel? seingat eric takde satu buku pun dibaca, melainkan  online books. ada la beberapa buku online. Buku yang Eric suka biasanya yang warna kuning-kuning campur hitam yang ada bunyi kat belakang "for dummies". penerangan dalam buku ni senang nak faham jika kita start from zero! buku ni banyak mengajar tentang softwares, hardwares, jobs dan kehidupan seharian pun boleh dibuat tajuk for dummies, not only that, eric pernah ternampak buku species tu yang bertajuk 'sex for dummies'! for sure eric tak beli! hahaha

Kebanyakan yang Eric jumpa kat bookstore ni, cuma buku for dummies yang banyak related dengan software IT programming yang mana tidak menyentuh neuron-neuron otak yang membuat eric interested. lepas beli buku novel tu eric letak kat rak meja depan TV. sekali lalu sekali nampak buku tu. terfikir gak bila masa aku nak baca? hari-hari pergi kerja, balik kerja dah letih berehat depan tv sambil online internet. weekend lak keluar je manjang. kalau tak keluar, orang panggil makan hehehe.. lately banyak jamuan perpisahan orang nak final exit. (bagi yang nak final exit jemput-jemput lah ye, bukan ape, nak ambik berkat nak final exit gak, dan ambik berkat kerja luar saudi hehehe..)

Tetiba semalam baru je niat nak menaip blog, server down, hampeh betul line STC (saudi telecom co). rasa macam nak baling je server kedalam laut buat tukun ikan bilis gred A. bukan setakat server, dengan pak arab yang kerja STC, dengan kereta company STC dengan office STC kalau boleh baling dalam laut dah lama jadi tukun ikan jaws. bila tengok tv lak layan je la cerita batman begins, habis batman cerita hape ntah yang tak berapa best, at last eric pun amik la buku novel yang hampir nak jadi tukun kat depan tv. masuk bilik tidur buka lampu start baca (tapi lagi best kalau ada stand lamp tepi katil-sadly takde sebab memang eric tak plan to stay long, buat menyemak je bila nak final exit).






Baru baca 7page dah mula ngantuk, biasanya payah benar nak terlelap. baru eric teringat zaman kat universiti dulu senang je tertidur. baca buku sambil baring sampai terlelap, bangun pagi esok lampu terpasang buku kat atas dada. Biasanya bila cuti semester panjang my mum le jadi pembekal english novel, asalkan bukan love story yang tebal berjela. She also read english novel too, now not anymore beralih pula ke tafsir al-quran lepas solat subuh like my father.


eric: kalau 7 page dah ngantuk, bila nak abis? tu pun kalau internet down, kalau internet on? jadi tukun sebelah tempat tidur je la buku tu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages