Kebiasaannya pada musim luruh dan di awal musim sejuk burung migrasi akan terbang ke arah selatan hemisfera kerana ia haiwan yang tidak berhibernasi, dan pada musim sejuk sumber makanannya berada di bawah lapisan ais di permukaan tasik. Angsa-angsa ini terbang keselatan untuk sumber makanan seperti rumput, berry dan sebagainya. Selepas Musim sejuk ia kembali terbang ke utara.
'V' Formation |
Kalau di siaran Animals National Geographic berkaitan dengan kehidupan burung migrasi kita boleh melihat angsa-angsa yang terbang dalam formasi 'V'. Dari kajian sains telah menemui sebab kenapa ia terbang dalam formasi tersebut. Setiap kali ia mengibaskan sayapnya akan mewujudkan 'uplift' kepada badan angsa tersebut. Apabila terbang dengan Formasi V seluruh kawanan burung itu dapat menambah sekurang-kurangnya 71peratus jarak penerbangan berbanding dengan angsa yang terbang sendirian.
(Kita: orang yang berkongsi hala tuju yang sama dengan teamwork akan mencapai matlamat dengan lebih cepat dan mudah kerana mereka berjalan pada teras antara satu sama lain)
Apabila angsa terkeluar daripada formasi, ia akan tiba-tiba merasa rintangan angin dan seretan angin lalu cuba untuk cepat-cepat kembali kepada formasi untuk memanfaatkan daya uplift dari burung di hadapannya.
(seperti angsa, kita akan cuba mengekalkan berada didalam kumpulan yang dalam hala tuju yang sama)
Apabila Angsa yang mengetuai formasi terasa letih, ia akan berundur dan terbang pada formasi belakang dan di ketuai angsa lain mengikut giliran.
(adalah wajar untuk bergilir-gilir melakukan suatu pekerjaan yang mencabar)
Angsa-angsa di bahagian formasi belakang biasanya akan mengeluarkan bunyi mengisyaratkan supaya mengekalkan kelajuan.
(sokongan dan dorongan dari bawahan adalah penting untuk seluruh kumpulan)
Akhirnya: Yang paling penting, apabila seekor angsa terjatuh daripada formasi kerana sakit atau tercedera terkena tembakan, dua ekor angsa akan mengiringinya untuk pertolongan dan turut memberi perlindungan. mereka akan menjaga angsa yang sakit tersebut sehingga angsa itu boleh terbang semula atau mati. selepas itu barulah mereka akan terbang sendiri dan mengikut kumpulan lain hingga mereka dapat mengejar kumpulan mereka sendiri
(jika manusia mempunyai sifat seperti angsa migrasi ini, kita akan saling bantu-membantu antara satu sama lain walau dalam apa jua keadaan)
eric: nak migrasi gak musim spring kejap ;)
No comments:
Post a Comment