nuffnang

nuffnang LR

Monday, March 26, 2012

Ziarah Madinah III (Kirim Salam)

Seperti yang telah eric tulis dalam dua blog yang lepas, eric telah mengikut rombongan ziarah ke Madinah. kali ni Eric tak cerita berkenaan sejarah-sejarah sekitar kota Madinah Al-munawwarah kerana kebanyakannya telah diceritakan dalam blog-blog ziarah yang lepas. cuma nak kongsikan sedikit perkara yang baru di ceritakan oleh pelajar universiti madinah yang menjadi tourist guide kepada kami tempoh hari.


Sebelum eric sentuh dengan lebih lanjut, terlebih dahulu jika ada salah dan silap didalam penulisan ini sila tegur dalam ruangan comment. sepatutnya panjang huraian yang perlu diterangkan tapi memadailah hanya memberi kefahaman tentang apa yang dikongsikan kepada para pembaca. 

Salah satunya berkenaan dengan amalan kirim salam kepada rasulullah dan beberapa perkara yang berkaitan. Kebanyakan orang bila dengar seseorang yang ingin berziarah ke madinah mulalah nak kirim salam pada rasulullah. pada tanggapan korang apa hukum menyampaikan salam di makam Rasulullah? sunat?

kalau kata sunat.. memang SALAH! sunah adalah perkara yang dilakukan oleh Rasulullah melalui perbuatan, perkataan, perilaku dan melalui hadis nabi s.a.w. Jadi dari mana datangnya hukum sunat mengirim salam pada makam baginda sedangkan rasulullah telah wafat? jadi tak perlulah nak mengirim salam pada rasulullah kerana anda boleh memberi selawat dan salam keatas nabi dari mana sahaja anda berada. 

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا وَلاَ تَجْعَلُوا قَبْرِي عِيدًا وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ تَبْلُغُنِي حَيْثُ كُنْتُمْ 

Sabda baginda yang bermaksud: "Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah ke atasku kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku dimana jua kalian berada." 

Penerangan: Rumah yang tidak dibacakan al-quran adalah umpama perkuburan maka bacalah al-quran di dalam rumah. Dan selawat dan salam keatas nabi tidak perlu dikirimkan ketika berada di makam kerana walaupun dimana kita berada selawat dan salam keatas baginda akan sampai kepada rasulullah (contohnya dalam solat, apa yang dibaca ketika akhir solat sebelum salam? dalam tahiyyat?)

Rasulullah pernah menziarah kubur ibunya lalu baginda menangis dan orang-orang di sekeliling baginda turut menangis, lalu baginda bersabda: "aku pernah meminta izin Tuhanku untuk meminta ampun kepadanya namun aku tidak diizinkan. aku pernah meminta izin kepadaNya untuk ziarah kuburnya dan aku diizinkan. Maka ziarahlah kubur kerana sesungguhnya ia mengingatkan kalian kepada kematian."







Jadi jangan ikut sedap mulut nak mengatakan itu dan ini sunat jika tidak pasti.  dan orang kita selalu gunakan istilah 'tipu sunat' dan guide kami bertanya adakah kita menganggap nabi seorang penipu?

dan riwayat daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda "sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku"

(Surah al-A'raaf Ayat 36):"dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) dari mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya"

jadi pembaca sekalian hati-hati nak katakan itu dan ini sunat, begitu juga dengan perbuatan menipu hadis.

Eric: i just share apa yang tourist guide bagitau dalam bas :)
(HOME)

    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    pages