nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, March 27, 2012

Ziarah Madinah (The Explosion)

Explosion?!! Explosion apa Bro? 


Begini ceritanya...

Seperti biasa setiap kali ketika mengikut rombongan ke Madinah eric akan cuba memasuki kawasan raudhah. macam mana nak tau kawasan mana kawasan raudhah di dalam masjid nabawi? karpet di dalam masjid nabawi adalah bewarna merah, ruang diantara makam nabi dengan mimbar pula karpetnya bewarna hijau. dan ruang yang berkarpet hijau itulah ruang raudhah.

Malam itu Eric bersolat maghrib di dalam masjid nabawi di ruangan tengah masjid. selepas selesai solat maghrib dan solat jenazah eric mula berjalan menuju ke depan untuk memasuki raudhah. eric mengerling ke jam tangannya, dari jarum jamnya eric berkata kepada dirinya sendiri 
"I still have one and half hour left to be there before isya' prayer" sambil meneruskan perjalanan dengan berhati-hati agar tidak melintas di depan orang yang sedang bersolat sunat. setelah hampir 30 minit barulah eric memasuki kawasan raudhah.

Tolak menolak sering berlaku kerana jemaah lelaki berebut untuk bersolat didalam kawasan raudhah, eric lansung tidak membalas tolakan melainkan mengikut sahaja arus yang membawa dirinya ketengah ruangan raudhah. melihatkan keadaan demikian eric berfikir berkemungkinan besar beliau tidak dapat menunaikan solat dengan kesesakan tersebut. silap haribulan tercedera dipijak orang ketika bersujud. jadi eric hanya menadah tangan dan berdoa sahaja sepanjang berada di dalam ruangan karpet hijau tersebut.

Tolak menolak masih berlaku, hingga ada yang terjatuh dan terlanyak orang yang sedang solat. setelah setengah jam berada didalam raudhah, pengawal mula menghalau jemaah di dalam kawasan itu kerana masa sudah hampir memasuki waktu solat isya'. Eric keluar dari kawasan raudhah dan berdiri berhampiran tiang dan penghadang sambil berlakon konon-kononya turut berjalan keluar kerana ingin mencari peluang untuk bersolat isya' di dalam kawasan raudhah atau berhampiran dengan imam.

Jemaah yang ramai dibelakang eric ketika didalam raudhah tadi telah mula sedikit sedikit mengosongkan ruangan raudhah dan makam Rasulullah, dan taktik eric tadi menjadi kerana eric menjadi orang yang paling belakang dikalangan jemaah yang bergerak keluar dari saf depan dan raudhah. keadaan di saf ketiga dan keempat mulai lengang yang tinggal cuma beberapa pengawal dan tukang cuci yang membantu pengawal menyuruh jemaah keluar dari masjid. pengawal memanggil seorang jemaah untuk memenuhi ruang saf yang kosong, begitu juga dengan eric. 

Saf ketiga dan keempat mulai dipenuhi dengan jemaah dan jemaah yang tidak dapat duduk di saf akan dihalau keluar. penghadang mula dibuka dan eric berganjak kedepan kesaf kedua yang kosong. eric berada lebih kurang 3meter dari kedudukan imam. ketika itu eric mula berasa dahaga kerana sejak sebelum maghrib lagi eric tidak minum apa-apa tetapi itulah satu-satunya peluang untuk bersolat isya' berhampiran dengan imam yang dikawal rapi oleh pengawal masjid. 


Eric sendiri tidak pernah terfikir pun beliau akan berpeluang bersolat berhampiran dengan imam masjid nabawi ketika solat fardu kerana tempat itu sentiasa di conquer oleh pak-pak arab dan orang-orang yang tak reti nak bagi peluang kepada orang lain.setelah solat isya' dan solat sunat, eric mula meninggalkan safnya mencari air, tetapi terlalu ramai yang sedang beratur untuk mengambil air di pili air minuman. lalu eric cepat-cepat menuju pulang ke hotel. 








Setibanya di lobi hotel kelihatan guide dan ahli rombongan sedang menunggu untuk melawat tempat tempat bersejarah di sekeliling masjid nabawi. eric memang berminat terutama bila tengahari itu pelajar universiti madinah ingin menceritakan tentang mayat diatas kubah hijau yang pernah heboh didalam facebook. Tetapi eric hanya perlu meminum air dahulu kerana lawatan tersebut akan berjalan di sekeliling luar pagar masjid nabawi. 


Setibanya di depan pintu bilik baru eric tahu beliau terlupa mengambil kunci bilik. maka eric terpaksa bergegas turun ke kaunter mengambil kunci dan kembali kebiliknya. eric mencapai tin pepsi yang diletakkan di ruangan freezer. tin itu kelihatan agak kembang, mungkin ais terbentuk di dalam tin itu, eric lansung tidak terfikir jika ais terbentuk gas karbonat akan terpisah dari minuman didalam tin tersebut yang menyebabkan tekanan gas yang tinggi. eric meletakkan tin pepsi di atas meja yang berdekatan dengan pintu tandas. 


Eric menarik pembuka tin pepsi tersebut dan tiba-tiba "POOM!!!" air Pepsi meledak keluar hingga terpancut ke siling, dinding, kejubah eric termasuklah kemuka Eric! air, masih memercik keluar dari tin dan eric segera membawa tin itu dan meletakkan di dalam sinki tandas. jubah eric dibasahi air pepsi, air yang terpercik kelihatan semakin jelas dengan warnanya yang kegelapan di dinding dan di siling hotel. Nasib baiklah eric takde lemah jantung...
Warning: dont put your pepsi in Freezer!
Warning: Don't put your Pepsi in Freezer
Dengan jubah yang basah, meja yang penuh dengan kesan pepsi termasuk dinding dan siling dan beberapa barang yang lain terus menghilangkan mood eric untuk turun mengikut rombongan melawat yang menunggu dibawah. terpaksalah eric membasuh barang-barang yang terkena air pepsi dan mengelap meja dan dinding hotel kecuali siling, lantai dan carpet. jubahnya juga terpaksa dibasuh. kemudian barulah eric berbaring dikatil dan cuma meminum air mineral sahaja. 


HOME

2 comments:

  1. haha... pity u eric. that's why they said in holy city, no bad intentions, forgot to say bismillah kot... no hard feeling okaw.... pengalaman ziarah yang mengujakan, moga semua ibadah diterima Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang no bad intentions, nak solat dekat imam is not a bad intention, sebenarnya yang berlaku ada hikmahnya malam tu, if i was not at my room that night i miss something very valuable nearby the hotel :) alhamdulillah.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages