nuffnang

nuffnang LR

Thursday, March 01, 2012

Can I Borrow Your Mind

Berikut adalah situasi yang dialami semasa bercuti tempoh hari, cuba fikirkan:
Situasi A
Suatu pagi ketiga sedang bersarapan nasi dagang bersama family di sebuah kedai, handphone eric berdering.
Mr. x: boleh saya bercakap dengan Encik Eric?
Eric: ya bercakap
Mr x: saya x telefon dari Bank tuuuut, saya dapati encik baru sahaja memasukkan sebanyak tuuut tuuut ribu ringgit kedalam account bank cik, betul cik?
Eric: ya betul.
Mr. x: duit datang dari mana cik?
Eric:  itu duit gaji saya. (jawab eric dengan hairan)
Mr. x: boleh saya tau encik bekerja dimana?
Eric: saya bekerja dia Saudi
Mr. x: oh begitu, bla bla bla terima kasih

Dari situasi di atas baru aku realize sebagai rakyat biasa yang bekerja diluar negara, jika kita deposit wang yang agak banyak, pihak bank akan tanya dari mana sumber wang yang kita dapat. aku juga terfikir maybe thats why pengedar dadah lagi suka pegang cash daripada masuk ke bank, kalau pihak bank tanya dari sumber mana surely diorang akan teragak-agak nak jawab dan seterusnya di siasat. sebagai rakyat biasa aku tertanya, bagaimana pula orang-orang besar yang makan rasuah berjuta-juta?

Situasi B:
Last week, beberapa hari sebelum kembali ke Saudi Eric membuat beberapa urusan bank, termasuk membayar full settlement outstanding balance didalam credit card dan directly potong chip, magnetic line dan terus tutup account. so there goes, no more debt. kemudian pergi ke satu lagi bank untuk urusan lain.
Puan Y: boleh saya check account cik
Eric: ya 
Puan Y menggunakan desktopnya dan memasukkan nombor IC eric dan keluarlah segala macam urusan perbankan eric termasuk hutang yang pernah dibuat untuk pembelian kereta dan pelbagai hal yang lain.
Puan Y: nampaknya cik ni tidak mempunyai apa-apa hutang dengan mana-mana bank, hire-purchase pun dah settle. pelik juga ya?
Eric: saya baru saja buat full settlement credit card, monthly payment kereta pun saya biasanya bayar on time dan dah membuat full settlement. saya memang orang yang tak suka berhutang. (jawab eric kehairanan dengan pertanyaan puan Y.
Puan Y: biasanya orang akan ada hutang syarikat, hutang kereta, hutang credit card, hutang peribadi tapi encik punye memang takde lansung bila check data peribadi melalui. bla.. bla.. bla.. bank negara 
Eric: bla... bla... bla...

Daripada situasi di atas membuatkan aku tertanya diri sendiri "is it not normal if you have no debt with any bank or financing agency?" yang bermakna dari pandangan puan Y, kebanyakan rakyat biasa pasti ada hutang, dan orang seperti aku yang memang jenis tak suka berhutang dan akan cepat-cepat menyettlekan hutang adalah orang Malaysia yang tidak normal!

Ini membuatkan aku terfikir, rakyat Malaysia kebanyakannya banyak berhutang untuk hidup walaupun mempunyai pekerjaan yang tetap. Dan juga diceritakan oleh seorang banker kebanyakannya yang bekerja dengan government bawah daripada pegawai yang lower level dan termasuk juga juga higher level. Kenapa? bak kata Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah 'kerana kerajaan kita sekarang ni Zaalim'. (aku bukan nak ceramah politik, tapi aku suka bila kerajaan ditukar selepas PRU13, hari-hari dengar cerita songlap sana, songlap sini, duit lembu buat beli kondo!  pakai duit zakat untuk jalan lain, Astagfirullah...)

sebab itulah aku sentiasa berdoa selepas solat supaya aku tidak terbelenggu dengan hutang dan tidak terlibat dengan kewangan yang melibatkan riba. dan pembaca sekalian, 2.5 peratus dari pendapatan kita adalah hak orang lain. bersihkanlah harta dan pendapatan kita dengan membayar zakat. 

Eric dah stop bayar zakat cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, baik bayar zakat kat cawangan Kota Bharu dibawah pengurusan pemerintahan Islam, dan kalau korang semua tiap-tiap tahun bayar income tax, baik convert semua income tax buat bayar zakat, sebab kita tak tau kemana cukai tu diagihkan, untuk pelaburan arak? pelaburan judi? elakkan diri dari menjadi rakan subahat dalam urusan yang haram. Bersihkan harta anda dengan zakat.

Eric: nabi mengajar kita satu doa kepada mereka yang berhutang untuk diamalkan selepas solat fardu yang doanya bermaksud: "Ya Allah lindungilah kami dari kerunsingan dan dukacita, lindungilah kami dari kelemahan dan kemalasan, lindungilah kami dari penakut dan kedekut, lindungilah kami dari hutang yang banyak dan ditekan oleh orang lain. Amin"

Dan bila eric dah settle hutang mulalah dapat telefon dari agensi life insurance promote untuk beli insurance dan pastinya mereka mendapat jawapan "oh! saya sudah ada, dan saya tidak berminat untuk mendengar lebih lanjut"

Wallahua'lam :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages