nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, April 17, 2012

EP64: Souq Al-Khamees

OK sambung lagi cerita jalan-jalan, kali ni jalan-jalan dalam area dekat-dekat Jubail je. kat mana? Souq Al-Khamees atau bila dialih bahasa yang bermaksud pasar hari khamis. Apa tujuan eric pergi tempat ni? Sebenarnya eric nak mencari pet. sebab kat pasar ni ada banyaaaak sangat pet contohnya rabbit, bermacam jenis burung, kucing, anjing dan macam-macam.

Pet apa yang eric cari? sebenarnya banyak haiwan yang pelik yang boleh dijumpai kat sini termasuklah tupai, dhab dan buaya. Tupai.. tu le pet yang eric cari. ye la dah tak lama nak final exit. kalau beli kucing kang nak kena tinggal kat pusat quarantine. kalau tupai? smuggle je la dalam pouch bag hehehe. tupai kecik je simpan dua ekor dalam pouch bag bagi makan buah dalam flight. 

Eric pun pernah bela tupai masa kecik-kecik dulu. tupai suka buat sarang kat pokok pisang, jadi bila pokok kena tebang terjumpa la anak tupai. bila dah besar lepas la balik ke habitat asal.tak tau la semenjak dua menjak ni teringin nak bela tupai. ok meh kita tengok apa yang ada sekitar souq ni.
anak-anak bunny rabbit
Merpati, Itik, anak itik, anak ayam
Burung Parrot yang reti bercakap
cuma berbunyi "aarrk! aark!" 
burung Merak Jantan, Merak Betina dan telurnya





A Couple of Falcon


very cute kittens with their mom 
(ni baru 3 sebenarnya banyaak lagi)


Kalau ular sawa ok lagi, tapi ular garang jenis ada bisa
camni sapa yang nak jadikan pet? kerja Giler dowh!


Burung kakak tua ni takde suara
senyap seribu bahasa

Tetapi dukacita sekali seekor tupai pun takde di jual mungkin kerana persekitaran baru lepas bad sandstorm dan hujan renyai-renyai saudagar tupai tidak datang ke pasar kot. 


By the way, tempat ni di namakan Qatif, tempat yang hampir semua penduduknya adalah puak syiah (Click read about Puak 110). banyak kali tak jadi pergi semasa berlaku kekecohan 'civil war' (pertumpahan darah) yang tidak diketahui oleh negara luar. beberapa kali juga dibatalkan bila beberapa kali terdengar ura-ura akan berlaku rusuhan.


Eric: ada gak yang buat-buat cerita puak ni makan orang la, supaya ramai tak berani masuk area ni. kalau ada orang mati kena makan mesti la dah kecoh kan? eric pun confem tak berani pergi kalau betul!

2 comments:

  1. tidakle hamba membela ular. kucing takde? hee,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak.. tapi terlalu ramai peminat arab, jadi satu gambar je dapat snap.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages