nuffnang

nuffnang LR

Friday, May 04, 2012

Final Day


Eric pernah cerita bila dah final week dah tak nak datang kerja, ye lah memang dah takde kerja pun bila dah hantar desktop ke IT department. Nak round plant masa final week? Buang masa je.. bukan bleh update dalam system pun. Final weeklah masa untuk mendapatkan certificate dan juga recommendation letter. Ingatkan nak tunggu semua tu dua tiga hari je, rupa-rupanya hingga ke final day baru dapat signature daripada department manager.

Seminggu sebelum menghantar desktop, superintendent eric bagitau kepada eric, biarkan desktop eric ditinggalkan di bilik eric supaya pengganti dapat guna, dan eric cuma cakap "insyaallah"

Tetapi semasa process clearance, desktop tu mesti dihantar ke IT department. Jadi mana satu eric nak pilih? Mestilah pilih hantar ke IT department. Kalau tak mana nak lepas buat clearance. Bila superintendent dapat email perintah memulangkan desktop, beliau mula sakit hati. Eric cuma buat tak tau je, bila nak mintak signature, lansung tak pandang muka eric. Sakit hati le tu... abis ingat ko sorang je sakit hati, habis sakit hati eric nak buang kat mana? tong sampah? Tapi eric tak kisah, eric buat-buat tak layan je. Mintak nak pakai pickup truck pun tak bagi, eric pakai pickup field supervisor.  





Walaupun final week eric datang sejam dua je sehari, tak kira pukul berapa, macamlah plant tu sendiri yang punye. Last day, eric datang awal, jumpa balik dengan superintendent dan supervisor yang sama level dengan eric just to say goodbye. Superintendent cuma cakap goodluck macam acuh tak acuh je. 

Maintenance supervisor yang lagi satu nama panggilannya abu saif(jenis talam dua muka- dia tak tau sebenarnya eric tau bahasa arab, kutuk kita kemain lagi) kalau eric nak buat dia terkejut sebab dia pernah kutuk dengan superintendent dalam bahasa arab, mau je eric cakap arab biar dia sedar apa yang dia kutuk sebelum ni rupa-rupanya difahami eric. Tapi eric tak buat, biarlah dia dengan dia punye busuk hati, senyuman palsu mangkuk ayun tu sungguh buat eric menyampah. Pemang padanlah dengan ketajaman namanya, saber (dalam english pedang), anaknya nama saif- abu saif (dalam bahasa arab, maknanya bapak kepada pedang) cuba korang agak kalaulah anak dia peminat Star Wars? eric agak mesti dia bagi nama cucunya 'nur saif' atau translate jadi 'light saber' baru pedang zaman moden hahaha.... (sarcasm)


Maintenance supervisor yang lagi satu namanya abu nasir. Yang ni ok, walaupun mukanya agak bengis tapi hatinya lain. dia selalu memudahkan kerja eric untuk memberi perintah kepada field supervisor untuk mana-mana kerja yang penting. perbualan alih bahasa masa tu
"abu nasir, hari ni hari terakhir saya disini sebelum final exit"
"balik terus ke malaysia? tak datang balik dah?"
"mungkin tak datang balik" jawab eric
"good for you, there is something going on here, there might be a war this summer, you have help us a lot, goodluck in your next job" katanya perlahan sambil membuat insyarat tangan seperti berlaku letupan. 
eric bersalam dan mengucapkan selamat tinggal kepada planner-planner dan fieldsupervisor yang pernah bekerja mengikut arahan eric dan meninggalkan tempat yang pernah menjadi officenya. tiada perasaan sedih, tiada perasaan gembira, cuma biasa-biasa sahaja.

APA!? Perang?! terkejut? ya, dah dua orang beritahu perkara yang sama kepada eric. Mungkin orang-orang arab tertentu sahaja yang tahu disebalik khabar ini. mungkin kita tahu negara-negara arab sekarang sedang bergolak, begitu juga dengan Saudi, antara puak haluan kanan dan kiri. sebarang pertumpahan darah biasanya di 'cover line' baekkk punye oleh kerajaan.. 

Eric sedar sesuatu yang pelik sedang berlaku. Ketika eric melawat ke bahrain kali keempat beberapa minggu yang lalu, kelihatan ramai polis berpakaian seperti FRU berkawal di hampir kesemua jalan utama dengan senapang gas pemedih mata, shield, belantan dan machine gun. latihan pesawat perang tentera dengan jumlah yang agak luar biasa juga kerap kelihatan tidak seperti biasa. jika betul perang berlaku di pertengahan musim panas ini, kepada yang masih tinggal disini, eric cuma nak wish.
"May the force be with you..."  ;)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages