Ahah! Akhirnya dapat juga menulis blog. Dulu eric masih boleh post entry blog menerusi blackberry, tetapi blogger template baru tak bleh nak integrate dengan blackberry. cemana eric boleh masuk entry baru hari ni? hehehe... wa sudah ada broadband baru, jadi wa boleh langgar mana-mana yang wa suka.
Sebenarnya eric baru nak OK daripada kesan jet lag. this is the worst ever, bleh sampai 3 hari tak tidur. kalau dapat tidur siang cuma 3 jam je, geram punye pasal, last-last makan sleeping pill, terus 'pengsan' 14 jam!

malam terakhir di rumah saudi, encik jay datang membeli TV dan langsir rumah, dan orang yang bakal menduduki rumah eric dah pun membayar duit untuk menduduki rumah seperti yang telah dipersetujui. mangikut encik jay, beliau pun akan mencari kerja lain bila dah selesai haji tahun ini nanti.
keesokan hari selepas berjumpa dan bersalaman dengan jiran malaysia, tepat pukul 11 pagi eric bertolak dari rumah untuk menghantar kereta MG350 yang telah di sewa ke cawangan Avis di Airport dammam. oleh kerana barang yang dibawa final exit agak banyak, terpaksalah eric membayar excess baggage sebanyak SR360.
Process final exit juga mudah, tak sampai seminit pun. apabila pesawat berlepas, Eric lansung tidak berasa bersedih bahkan merasakan seperti William Wallace dalam cerita Braveheart menjerit "FREEDOM!!!" (eric takde la jerit pun,jeritan hati je, kalau jerit betul kang tiba-tiba pilot mendarat balik kat situ sumbat eric masuk tanjung rambutan cawangan saudi tak ke naya? hahahaha...)
Penerbangan Qatar Airways Transit di Doha airport. Transit selama empat jam. Di airport Doha lah lebih dua tahun dulu eric dan lima rakan yang lain transit semasa penerbangan pertama untuk bekerja di saudi. selepas hampir empat jam menunggu di airport barulah menaiki pesawat bagi penerbangan Doha ke Kuala Lumpur. Apa yang eric suka dalam Qatar Airline ialah meal yang sentiasa kena dengan selera eric. stewardess juga lebih ramah dan friendly. nampaknya dalam flight eric sorang je yan tak tidur, tu yang pramugari dua tiga kali hulur fruit juice, eric mana tidur kalau asyik melayan movie hehehe..
Penumpang dalam pesawat cuma separuh penuh. amoi yang dok kat seat tengah siap boleh baring atas empat seat tengah yang kosong. kalaulah takde orang kat seat tu confem eric dah landing baeeknya kat situ.
Cuma yag tak best dalam penerbangan ada seekor mamat arab yang duduk belakang seat eric. bila eric nak merebahkan seat untuk tidur, keluar tangan dari seat belakang kat sebelah eric untuk stop, ok fine, eric tak tau lagi siapa di belakangnya. second time, keluar lagi tangan eric mula bangun, bila nampak muka rupa-rupanya mamat arab yang duduk di belakangnya. nak kata tinggi eric rasa eric jauh lagi tinggi, seat pun takdelah sampai kena lutut. si arab ni sesaja nak mengada la nampaknya. eric tengok muka arab tu macam makin lama makin kecik je.bila lagi nak balas dendam!? (oh!)
eric mula membuat muka ala-ala brutal memandang tepat ke mata arab tersebut kemudian duduk dan merebahkan seat dan siap menghenyak sepenuhnya. No special treatment. you are now in my territory, lu sapa mau langgar tempat wa, wa mau rebah seat ka, tak ke, wa punya suka la! seat ni wa punya! kalau lu buat hal lu turun saja dari ini kapal lu tengok apa yang bakal hinggap kat muka lu!
Sepanjang flight arab tu tak berani buat apa-apa, even masa orang turun pun dia masih terduduk kat seat. kalau berani buat hal, tau lah dia nak deal dengan orang yang tengah panas dengan mat arab!
Ketika menunggu flight untuk ke kota Bharu eric menerima panggilan telefon dari orang yang nak menghantar barang yang eric kirim melalui Makati express. tuan tak sampai KB barang dah sampai dulu? rupa-rupanya makati pakai Flight DHL dan forwarder DHL dari Saudi Ke Kota Bharu, patut la tak sampai 2 minggu barang dah sampai. Kira ok la Door to door murah lak tu, siap balut plastic dan security seal just for free.
PS: eric masih dalam proses syncronize biological clock. driving pun, nak bagi signal ternaik wiper, nak kena syncronize ke righthand-drive balik. next entry coming soon, nak upload gambar dulu hehehe...

No comments:
Post a Comment