nuffnang

nuffnang LR

Monday, May 07, 2012

Final Umrah From Jubail


Previous umrah entry dulu eric ernah cerita nak repeat buat umrah dengan hotel yang betul-betul depan masjidil haram kerana last time dapat hotel yang agak jauh dari masjidilharam. Jadi last week, for a last time before back for good, eric make a repeat, datang dengan flight dari dammam dan booking hotel kat safwa tower pakai cable mutawwif haji kat makkah. Bilik mana yang eric pilih? haaaa bilik paling best yang boleh nampak kaabah dari bilik hotel. Mahal memang mahal tapi takpe, asal puas hati. Orang lain dok berebut tempat duduk nak makan kat D'saji, kita bawak balik bilik makan kat meja makan dengan kaabah view. The view was soooo tak terkata, menyesal tak bawa kamera, jadi amik je la gambar pakai blackberry & nokia... sigh..
one of the view from the room


Jemaah umrah memang ramai, kategori ramai ni boleh kata yang ketiga paling ramai jika dibandingkan dengan musim haji dan bulan ramadhan. cuba bayangkan tempoh untuk tawaf sunat selepas solat maghrib hanya dapat diselesaikan selepas azan isya' yang mana masanya melebihi satu jam.


Cuma ada sesuatu yang eric kesalkan semasa pusingan tawaf ketujuh dihadapan hijir ismail. eric ternampak seorang pakcik berkulit hitam yang buta sedang bertawaf dengan perlahan sambil menggagau dengan tongkatnya. eric ingin memimpin tangan pakcik tersebut agar dipermudahkan ibadah pakcik tersebut, tetapi tidak tercapai kerana terlalu ramai yang sedang bertawaf di dataran kaabah. betapa besarnya pahala jika dapat membantu orang yang kurang berupaya begitu. eric menyiapkan pusingan tawafnya dan mencari pakcik buta keliling kaabah sekali lagi, tetapi eric lansung tidak menjumpai pakcik itu semula walau puas dicari. jadi eric berhenti mencari dan meneruskan solat sunat tawaf. 


selesai solat sunat tawaf, pengawal masjid mula  menghentikan orang yang sedang tawaf untuk memberi laluan bagi solat isya, eric ternampak seorang lagi pakcik buta yang sedang di bantu oleh seorang pemuda yang kelihatan seperti warga kyrgistan/turkmenistan. ini adalah kali pertama eric terjumpa orang kurang upaya penglihatan sepanjang semua umrah dan haji. betapa bertuahnya kita di kurniakan penglihatan yang baik dan dapat melihat betapa indahnya pemandangan kaabah dan kekuatan untuk menunaikan ibadah di dataran kaabah. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan segala kurniaan mu kepada ku ya Allah..


Pada malam terakhir di makkah eric tidur awal untuk bangun dan mencari peluang untuk bersolat di dalam hijir ismail atau mengucup hajarul aswad. apabila bangun pukul 1pagi, orang masih ramai mengerjakan tawaf, pukul 2 pagi pun masih sama, pukul 3 pagi makin ramai! Pukul 3:30 eric bersiap untuk ke masjid untuk solat subuh, mungkin peluang untuk bersolat didalam hijir ismail dan mengucup hajarul aswad terbuka semula bila eric datang lagi dari Malaysia pula. 




selepas mengerjakan tawaf wida' sebelum zohor, eric tidak dapat keluar dari ruang basement masjid kerana para jemaah mula berkerumun memasuki masjidil haram. ketika itu eric ternampak seorang pakcik yang memakai baju melayu dan berkain pelikat. keadaan badannya yang bongkok dan penglihatan yang tidak berapa baik membataskan pergerakannya. kelihatan pakcik itu seperti sesat, eric menghampirinya cuba untuk membantu. dari segi loghat percakapan pakcik tersebut mungkin beliau datang dari utara tanahair. pakcik tersebut tidak dapat mengikut solat zohor kerana katanya kain terkena najis. 
"saya boleh tolong pakcik balik ke hotel"
"takpa nak, tempat pakcik jauh, lagipun ketua rombongan umrah minta pakcik tunggu kat sini"
kemudian eric ternampak seorang lagi warga malaysia dalam pakaian ihram seperti memanggil pakcik tersebut. eric pun menghampirinya
"pakcik tu dah uzur sangat, kami pun tak dapat nak bantu sangat" katanya
"dia bagitau kain dia terkena najis jadi dia tak dapat nak solat zohor, saya nak hantar ke hotel tapi dia nak tunggu kat situ, kalau pakcik satu rombongan dengan dia, pakcik tolong tengok-tengok kan ya" pesan eric sebelum solat zohor
"takpa, lepas zohor nanti pakcik temankan dia"
selepas menunaikan solat zohor eric meninggalkan masjid untuk bersiap pulang menuju ke jeddah airport.


Eric tidak pasti bila lagi akan datang ke makkah semula selepas pulang ke malaysia, mungkin setahun? dua tahun? tiga tahun? harapnya akan ada rezeki dan masa untuk menyahut panggilan haji kali kedua atau umrah. wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages