nuffnang

nuffnang LR

Wednesday, May 09, 2012

Final Exit Juga Akhirnya (Finale de Final)


Well guys and gals at last it comes to the end of my blog for jubail region. every beginning have the end, so this is the end of what I started- asalnya mencari pekerjaan dan experience di oversea tetapi semuanya tidak seindah yang disangka. dua tahun sahaja sudah cukup. bak kata kawan-kawan eric enough is enough. I have had enough of it till I felt like I'm throwing up. (entry ni level moderate panjang, kalau malas baca sila skip ke last paragraph).

adakah ini penghujung cerita kepada episod-episod di jubail? bak kata mat salleh what happen in vegas stays in vegas... jadi adakah what happen in jubail stays in jubail? maybe not, ada lagi cerita yang belum diceritakan dan belum dipecahkan rahsia... tapi entry tu must be made in Malaysia yang mana bila eric dah selamat berada di tanah air. mungkin masuk isu sensitif dan isu internal di as-sharqiyah. 

jika ditanya eric? eric hang nak keje lagi ke kat jubail in future? hmmm... kalau arab apa aje yang korang tanya dia akan cakap "ok that was a good question" setakat tu je la.. soalan ni cemana eric nak jawab ek? soalan yang pendek tetapi jawapan yang panjang. kalau nak jawapan yang pendek, memang pendek, Frankly... NO! (oh!)

But why Eric... why?
secara jujurnya 90 peratus dari orang tempatan di saudi tidak kira samada ditempat kerja, tempat-tempat lain atau diatas jalan raya bagi eric adalah amat mengecewakan. sikap mereka mungkin takkan berubah walaupun mengambil masa selama 20tahun lagi jika mereka masih berfikiran seperti apa yang mereka praktikkan sekarang. Adakah anda suka melihat seorang tukang sapu pejabat miskin yang membuat kesilapan kecil diherdik dan dimaki dengan keras oleh seorang arab yang kelihatan seolah-olah seorang yang warak di luar tempat kerja? anda sendiri mempunyai jawapannyakan? eric sendiri pernah beberapa kali melihat kejadian seperti ini. Ia adalah satu perkara yang amat mendukacitakan dan tertekan bila melihatnya.

mereka boleh berubah jika yang berpelajaran tinggi memimpin negara. berpelajaran tinggi secara specific dari luar negara, lebih specific lagi yang belajar diluar negara yang homework dan assignment mereka tidak diupah untuk dilakukan oleh orang lain atau di tiru, dan degree atau master yang tidak di anugerahkan sebagai balasan kepada 'makan suap'. Dalam setiap 20 studying abroad mungkin hanya ada seorang yang sebegini, tetapi selebihnya lebih gemar bersuka ria dengan maksiat kerana bebas dari undang-undang negara sendiri yang amat ketat. manakala homework mereka di berikan kepada mereka yang memerlukan wang (biasiswa kerajaan yang mereka terima sangat tinggi)

Tidak ramai yang berfikiran seperti encik Al-K dan imam masjid berhampiran rumah eric. imam masjid adalah seorang doktor yang berpengetahuan luas cuma menjadi imam waktu maghrib dan isya' sahaja. imam jumaat pula imam yang lain (masjid paling ramai orang Malaysia bila solat jumaat). doktor ini memang selalu share pengetahuan melalui ceramah dan perbualan. manakala Al-K pula sedia menerima hakikat keburukan dan sedia menukar pendapat yang selalu di gunapakai oleh arab yang lain (last 5 entry)

selain dari masalah orang tempatan mereka eric juga tidak selesa dengan keadaan sekeliling yang panas dan berdebu. eric amat allergic kepada debu. kepanasan menyebabkan eric sering mengalami nose bleeding. dan hampir setiap hari pasti ada tompokan darah, dan perkara ini amat jarang berlaku dimalaysia. (paling maximum dimalaysia cuma sekali sebulan bila cuaca panas)

hospital dan klinik disini juga sangat menyedihkan. tarafnya cuma seperti pusat kesihatan daerah. hospital yang baik pun boleh dikira. no wonderlah bila raja diorang sakit, akan diterbangkan ke luar negara. kalau eric sakit? kena la tunggu baik sikit baru boleh drive sendiri ke hospital berhampiran. (yang ni memang masalah yang amat membimbangkan) kalau kat malaysia kalau tiba-tiba terkena migrain insyaallah doktor bagi MC kalau kat saudi nak tau apa doktor kata (actual company doctor) "ok you take this two paracetamol and go back to work, if it is still not working, you come back here and i will give you a letter to go home" (orang sakit ko nak buat macam ni?jadi lagi masalah kepada orang yang tengah uzur nak datang balik?) nak mintak MC sebab betul-betul sakit pun payah nak dapat... siap kena potong gaji lak tu, memang lahanat!

banyak lagi sebenarnya, cara diorang driving dan macam-macam perkaralah, orang yang pernah dok kat sini tau le cemana kan?

kalau ada peluang, eric nak datang balik tak ke saudi? 
nak, tapi dengan syarat hanya untuk haji lagi dan umrah, kalau peluang kerja, cuma di tempat yang tak jauh dari makkatulmukarramah dan madinatulmunawwarah. less than (450km) which means riyadh and jubail is out of the list. 

Katalah suatu hari nanti nak diorang nak amik eric jadi VP kat jubail amacam?
sebelum eric jawab, nak tanya sikit... ko ni mimpi ke mengigau? ye memang ada warga malaysia yang menjadi VP kat sasref. bila balik malaysia nanti jadi confem jadi big gun in oil and gas industry. eric tak tau environment kat sasref macamana, tapi kalau compare dengan vp kat company eric, vp tu macam puppet je dibawah pemerintahan presiden arab tempatan. for me, pangkat taklah penting, itu semua hanya duniawi semata-mata. unless bagi mereka-mereka yang rasa money is everything. jika eric ni fikir money is everything eric takkan berusaha seperti apa yang eric usahakan untuk final exit secepat macam ni. kalau money is everything mungkin eric masih sambung kontrak dengan company yang dipunyai oleh bos berketurunan turkey dan mesir bersama rakan yang sama batch dengan eric. (cuma mereka don't have other choice at the time being)

Just remember, jangan menjadi hamba duit. money is not everything but happiness dunia dan akhirat itulah sepatutnya menjadi matlamat hidup. jika dunia yang di cari anda akan mendapat dunia, dan jika akhirat yang dicari anda akan mendapat kedua-duanya. 

ada kenangan manis tak? banyak kat mekah je, tapi untuk happiness di saudi sila rujuk komik kat right sidebar the definition of happiness (Komik: Eric n Ben).
airborne

ketika entry ini di scheduled post, mungkin eric masih dalam penerbangan Qatar ke Kuala Lumpur selepas transit dari saudi. pastu kena transit lagi di KLIA for next flight. before I end this entry sila klik link lagu tema final exit dari Chris Daughtry - Home. I'm Going Home...

Jubail... 
Asta la Vista baybeh!!!

The End

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages