Semalam balik dari solat jumaat ada Eric terasa ada seseorang menarik sejadah eric dari belakang, bila di toleh..
"eh, haji assalamualaikum"
"waalaikummussalam, tak kerja ke hari ni?"
"saya cuma tinggal 4 hari je lagi nak final exit haji"
"eh dah dapat offer lain ke?"
"dah.. kat ......"
"ooo... boleh le bagi nombor telefon malaysia dengan email sekali"
"Ni nombor malaysia saya 012-6******" hehehe macam ramai je nak blah, ex president Krmj pun? dua tiga minggu ni macam ramai je tengah lelong barang rumah. korang bila lagi? hehehe (sempat lagi ko ye eric)
Pagi tadi dah confirm ticket flight untuk pulang ke pangkal jalan. kalau kira-kira tinggal beberapa puluh jam lagi sebelum final exit dari King Fahad Airport Dammam. First time datang dengan Qatar airline last flight home pun dengan Qatar Airline. Semua payment & claim pun dah dapat. final exit slip pun dah keluar. Tertulis kat situ to leave wihin 60days from the date of visa. nak tanam anggur selama tu? Memang tak dapat la, perabihkan boreh jo. Eric taknak tangguh lama-lama walaupun 20 saat sekalipun. email dari company baru lebih kurang hari-hari eric terima untuk buat medical check up.
bila tengok keadaan rumah sekarang hehehe.. sofa dah takde cuma tinggal carpet je terkontang-kanting sehelai kat ruang tamu. dua tiga hari lepas eric masih lagi lepak depan tv dan tulis blog kat atas karpet tu. tapi lama-lama rasa sakit lak tulang pelvis. tulang pelvis? doktor dan geng yang belajar biologi untuk spm tau le apa tulang pelvis. kalau tak tau it is a bone located at your butt :)
Jadi just a few moment ago, eric pindahkan tv masuk dalam bilik tido. jadi kat ruang tamu tu kalau bercakap boleh keluar gema macam si Dory dalam cerita Finding Nemo jerit " ECHO!!" kat jurang lautan yang dalam diikuti dengan gema ECHO!! ECHO!! ECHO!! Tak tahan sakit belakang nak buat apa-apapun kalau takde sofa. dulu selesa je menulis blog sambil berbaring atas sofa, and now sambil berbaring atas katil terus! kalau pernah tengok movie MTV Beavis and Butthead korang akan faham kalau eric cakap " I am cornholio! I need TV for my bunkhole!"
Wah! memang produktif berbaring atas katil, tak sampai 10 minit dah 3 paragraph. Fuh! very dangerous! kalau lagi 30minit eric sambung bleh naik juling mata korang nak baca blog eric. well 10 minit cukuplah, eric cuma rasa berdebar je nak final exit. harapnya process final exit kat airport nanti berjalan dengan lancar tanpa apa-apa halangan.. Amin...
semoga berjaya di tempat baru :)
ReplyDeletetima kasih :)
Delete