new entry again about apa yang dibualkan dengan encik Al-K, semalam eric lupa nak bagitahu berkenaan dengan hamba (slave) Al-K berkata demikianlah yang terjadi apabila orang arab yang pada mulanya hidupnya susah tiba-tiba menjadi kaya raya sekelip mata disebabkan oleh hasil minyak. masing-masing mula angkuh dan menganggap warganegara lain yang mencari kerja di negara mereka terutama dari negara miskin seperti india, bangladesh dan sebagainya sebagai hamba. kerana itulah dalam tangga gaji sabic terdapat empat tangga iaitu
pertama: warga negara tempatan
kedua: US, UK, Malaysia, Singapore, Japan
ketiga: mesir, sudan & beberapa negara afrika, filipina
last: india, bangla, pakistan, nepal dan ada juga filipina yang masuk this category
kemudian beliau bertanya pula berkenaan dengan derma, adakah orang malaysia bebas menderma kemana-mana negara yang ditimpa musibah? ya, memang kita bebas menderma, tetapi tambah Al-K, dahulu saudi juga begitu tetapi sekarang tidak lagi. eric sendiri pernah post satu entry lama dulu (baca Kempen Yang di Putar Alam Oleh Media Saudi). derma dari saudi telah dihentikan kerana bimbang wang yang di dermakan akan disalurkan kepada rangkaian yang dilabel oleh yahudi dan nasrani sebagai rangkaian 'pengganas' ni lah akibatnya bila 'rajadolah' asyik mendengar kata pemimpin negara sekutu yahudi laknatullah.
Kemudian bertukar topic pula berkenaan cuti. Saudi hanya mempunyai 11 hari public holiday iaitu 5 hari aidil fitri, 5 hari aidil adha, dan sehari national day. Sedangkan Malaysia penuh dengan cuti-cutian termasuk maulidurrasul dan maal-hijrah, apabila terdengar tentang hari keputeraan baginda. Al-K mencelah.
"syaitan akan cuba membawa umat manusia untuk bersamanya di neraka jahanam dan menjauhkan manusia dari syurga Firdaus. syaitan akan menyesatkan dan menghalang manusia dari melakukan kebaikan, contohnya solat. jika seseorang itu ingin bersolat, syaitan akan menggunakan tipu helah supaya mereka meninggalkan solat. tetapi jika manusia itu tetap bersolat, syaitan akan cuba melengahkan atau mendatangkan sesuatu bentuk halangan seperti terjatuh di lopak air hingga mengotorkan pakaian ketika menuju ke masjid. jika segala helahnya tidak berjaya, syaitan akan 'menambah' sesuatu kepada amalan manusia itu!" (ni perkara baru untuk dipelajari, bukan calang-calang arab bercakap tentang agama dalam english)
Apakah amalan tambahan yang di tambah syaitan?
Tanya al-K lagi (tentang amalan bid'ah)
"ada sahabat nabi yang menyambut hari keputeraan nabi walaupun selepas kewafatan baginda? tiada kan? kenapa sekarang ada sambutan begitu?"
encik A pula menberi contoh di Malaysia ramai yang membaca yasin ketika malam jumaat. kemudia al-K berkata lagi
"let say if I tell you to recite certain surah at 10:30 in the morning and you do it everyday, this is not right, there is no such thing in sunnah" (ok exact word)
"sama macam you baca yassin setiap malam jumaat, semua tu tiada dalam sunnah... kecuali surah al-kahfi pada hari jumaat, yang menjadi amalan nabi, maka membaca surah al-kahfi pada hari jumaat adalah mengikut sunnah nabi saw"
begitu juga dengan majlis tahlil yang diamalkan dalam masyarakat kita, semua itu tidak diamalkan dalam masyarakat saudi kerana tidak dilakukan di zaman rasulullah dan zaman sahabat baginda. tetapi bila tidak dilakukan demikian pasti akan ada masyarakat yang menegur "kenapa takde tahlil?" (kerana mereka cuma mengikut amalan ini secara turun menurun tanpa usul periksa)
Penuh penghayatan betul budak ni doa |
ketika itu eric teringat semasa hari pengkebumian rakannya di selatan tanah air, siap imam baca "maka apabila malaikat mendatangi kamu wahai si polan binti si polan dan bertanya MA RABBUKA?! maka jawablah... Allahu robbi, apa agama kamu bla.. bla.. bla.." tu lah first time eric tengok secara live depan kubur, dan terasa lain macam gak lah. sedangkan segala jawapan kepada soalan didalam kubur tersebut adalah bergantung kepada amalan jenazah ketika hidupnya. ingatkan dalam drama melayu saja-saja mereka cerita, rupa-rupanya memang betul-betul ada. Dan sepanjang semua pengkebumian yang eric hadiri di kelantan, alhamdulillah... takde pun macam tu.
sebenarnya panjang lagi olahan dan contoh yang diberi oleh encik Al-K tapi cukuplah setakat ini, cuma nak note the main point. jika ada kesilapan yang para pembaca notice sila betulkan dalam ruangan comment. terima kasih..
(HOME)
No comments:
Post a Comment