Hi guys and gals, hari ni tajuk lain sket. bagi peminat cerita korea sah sah dah tau apa makna title kali ni atau bila diterjemah dalam bahasa jepun yang berbunyi "Ganbatte kudasai!" bukan bermakna bergaduh dan bertumbuk, sebenarnya adalah kata-kata semangat untuk diri sendiri yang sebatang kara di seberang laut china selatan. kalau naik bot atau jet ski setengah hari dari pantai brunei ni agaknya boleh sampai PCB (pantai cahaya bulan atau nama lama yang agak tak senonoh pantai cinta berahi)OH!
lagi tiga empat hari, cukuplah sebulan eric berada di brunei. macamana life kat brunei? hmm... susah nak cakap, sebab selama hampir sebulan ni, weekdays pergi kerja, balik kerja, macam tu la hari-hari. bila weekend, basuh baju tengok movie kat rumah. hari ni saja dah dua trip basuh baju, satu trip pakaian warna gelap, dan satu trip lagi pakaian putih. pastu letak kat jemuran. layan sampai 3 movie, ingatkan action movie,rupa-rupanya tiga-tiga movie adalah movie horror belaka! I Hate Horror movies! aarrghhh! lepas tu keluar makan sorang-sorang atau tapau. asal pergi supermarket (small size) ada aje beli snack macam biskut, apa-apa ajelah sampai penuh kat atas meja makan kat dapur.
kerja lak cemana? hmmm ni la benda yang paling malas nak cerita, masa interview cakap kerja dalam plant, tapi bila dah start, kerja buat engineering paperwork. kerja dalam plant dan kerja paperwork adalah dua perkara yang amat berbeza, membezakan samada korang akan jadi field engineer ataupun desktop engineer. working in plant had already been in my blood and vein for a decade since DAY ONE and suddenly they put you in front of desktop and do a paperwork, WTF! (ok this is serious)
Eric adalah jenis yang observe at the field, tengok secara physical, check bahagian mana yang problem, then do my job to solve it or use my own hand if I think I could fix it. Tapi this time, dah la plant tu berpuluh kilometer away, macamana nak familiarize? bagi yang dah biasa jadi desktop engineer maybe rasa "eleh.. perkara biasa je tu! tengok la drawing!" cakap senang la derr, dari drawing tu ada keluar abnormal sound? ada rasa abnormal vibration? Equipment yang eric involve adalah equipment yang paling eric tak suka. selain boiler, ni ler equipment yang paling malas nak involve, satu sebab dia panas, lagi satu mengeluarkan bunyi yang boleh memekakkan telinga.
contohnya, katalah Nicolas Cage adalah seorang engineer untuk equipment yang eric benci ni. satu hari nicolas cage ni terlupa pulak bawak earmuff dah tu pula earplug pun takde. dia bekerja selama 1jam dalam plant yang ada dua mesin ni. sambil bekerja dia memberi arahan kepada assistantnya tetapi kena jerit untuk mengatasi bunyi yang amat bising. selepas sejam Nicolas cage pun keluar untuk melepaskan penat, bila kawannya bertanya, mereka terpaksa tanya dua tiga kali dan nicolas cage akan menjawab dengan nada yang agak Kuat. kenapa? sebab nicolas cage akan mengalami pekak sementara selama 30 hingga 45 minit. makin lama bekerja dalam environment macam tu lama-kelamaan nicolas cage akan jadi pekak seumur hidup.
eric sendiri pun pernah mengalaminya walaupun eric memakai earmuff bunyi yang bising itu masih dapat menembusi earmuff. Eric hanya sedar bila sorang member ni cakap "eh eric, apsal ko cakap jerit-jerit ni?". tapi alhamdulillah eric cuma kerja 3 hari je dalam area bising macam tu. dan pendengaran masih bagus macam orang normal bila buat annual sound test. (sorry eric takbleh bagitau nama equipment sebab hanya eric seorang sahaja yang involve with that equipment dalam company ni, once bagitau je nama equipment ni mesti diorang tau siapa sebenarnya eric. Derr.. Brunei ni kecik, susah nak stay low profile)
lagi satu, kalau kerja sebagai field engineer, selesai kerja hari tu kira complete dah kerja seharian dan takyah fikir banyak-banyak. tapi desktop engineer... it is a never ending story, balik rumah pun terfikir pasal kerja (is so not me!) bukan setakat tu je, siap menembusi ruangan mimpi indah yang bertukar menjadi mimpi ngeri, giler horror dowh... (oh!) apa yang lagi takbest ialah that god damn 'effing' dateline! memanglah kalau spend extra time bleh dapat claim overtime, tapi duit tidak dapat membeli kebahagiaan dan ketenangan, money is not everything. agak susah nak mencari kerja yang kita suka dengan apa yang kita buat.
berapa lama plan nak kerja sini? tu yang masih dalam dilemma lagi nih. sedang menunggu petunjuk samada pindah lagi ke negara lain atau stay selama setahun (dah tak jumpa jalan balik malaysia ke?). dilemma ni yang payah ni, kalau nak stay baik beli kereta baru, dan the word "aja-aja fighting" memang recommended. kalau tak lama hmmm.. dan eric tau kesannya jika eric blah awal, bakal huru-haralah satu department! tergendalalah projek, dan bakal mencalarkan nama sendiri di Brunei dan lebih teruk, mencalar-balarkan nama company. kalau diorang tensen eric tujukan aje lagu britney spears "Opps! I did it again! bla bla bla... I'm not that innocent!" (hell yeah!)
No comments:
Post a Comment