Sebelum memulakan cerita biar eric tanya sesuatu, mesti ramai yang pernah tengok filem 'Home Alone II Lost In New York'kot? atau 'Are We There Yet'. dalam cerita tu ada babak bila satu watak yang berseorangan jauh dari ahli keluarga berjalan melalui sebuah rumah dan terpaku kesayuan apabila melihat keluarga didalam rumah tersebut bergurau senda dan kelihatan begitu bahagia sekali. bagaimana agaknya perasaan kita jika ianya berlaku kepada kita? and this is my story...
Seperti yang eric ceritakan dalam entry yang lepas, untuk keluar makan eric terpaksa berjalan selama hampir setengah jam hanya untuk keluar makan, dan jaraknya lebih kurang 3km dari rumah. pada suatu malam hujung minggu selepas solat isya' eric keluar dari rumah untuk makan malam. kebetulan pula malam itu semua lampu jalan tidak terpasang. eric berjalan di sebelah kanan jalan supaya dapat melihat kenderaan yang lalu dari arah bertentangan.
baru sahaja berjalan 300m keluar dari lorong rumahnya, eric terlihat sebuah rumah bungalow. kelihatan sebuah ruang bilik makan yang dikelilingi tingkap kaca yang membolehkan seseorang nampak segenak pelusuk bilik tersebut dari luar. bilik makan yang di hiasi dengan lampu chandelier dan lampu mentol yang kelihatan seperti tempat untuk makan dalam suasana yang tenang dan romantis. oleh kerana lampu jalan tidak dipasang, ruang tersebut kelihatan begitu jelas sekali dengan perabot yang mewah. semasa melewati rumah tersebut, kelihatan seorang anak lelaki yang sedang membantu ibunya menghidangkan makanan di atas sebuah meja makan yang boleh memuatkan hingga sepuluh orang.
Nampak lebih kurang camni cuma bilik dan meja laagi panjang |
melihatkan keadaan itu eric terkenang keluarga di malaysia. eric meneruskan perjalanan dengan sayu, apa perasaan yang terbuku di dalam hati hanya tuhan sahaja yang tau. terasa seperti hidup sebatang kara jauh dari orang-orang tersayang. Tak pernah lak terfikir didalam hati babak-babak sedih dalam filem terjadi pada diri sendiri. mungkin bila ini terjadi pada sesetengah orang mungkin mereka boleh mengalirkan air mata. tetapi eric tetap tabahkan hati, tiada walau setitis pun air mata bergenang! achaner tu eric? wa lapar beb! bila perut mula berkokok dalam kepala otak cuma terbayang mee goreng mamak je!
dan sememangnye malam tu eric mencekik mee goreng mamak, one serving mee mamak kat sini adalah 1.5 kali dari serving kat kedai mamak di malaysia. amazingly eric makan sampai licin, tiada sehelai mee atau sayur pun yang tinggal kecuali sepotong limau kasturi. (biasanya sayur eric tinggal kat tepi, OH!)
ada tengok iklan astro TVIQ? oh my english? kalau tak malu bleh la buat gaya iklan tu kat tuan rumah bungalow tu!
ben: I'm so hungry, can you borrow me?
tuan rumah: borrow u?
ben: yes borrow me!
Tuan rumah: come in and wash the dishes..
ben: eh?! OH MY ENGLISH!!!
click here to view Oh My English!
borrow mee? haha
ReplyDelete