Eric mengusap-usap kepala anak kucing itu, anak kucing itu seolah-olah mencari puting susu dengan mulutnya mungkin kerana menyangka ibunya yang sedang mengusapnya kerana masih tidak dapat melihat lansung menyebabkan hati eric tersentuh. eric mengambil emery board(macam batang aiskrim) dan memberi anak kucing itu minum air. eric mencari di dalam internet cara untuk menjaga anak kucing yang di tinggalkan ibunya. dan berikut adalah apa yang eric baca
---------------------------
It Ain't Easy
Raising newborn kittens may be the most challenging, time-consuming task you've ever attempted, and can be both intensely rewarding and heartbreaking. If you do not have the time or the emotional stamina to deal with the potential of losing kittens you've invested your heart in, you might want to leave the job to people who are trained and experienced. Little lives are at stake here.
So someone has dumped a box of newborns in the court of your apartment building, with or without the mother cat. Where do you go from here?
If the mother cat is with the kittens and seems to be in good health, you're lightyears ahead. She will do a lot of the work for you, and your task will be to make sure she's healthy by taking her to the veterinarian right away, next, that she's nursing all the kittens and attending to their cleaning.
If the mother cat abandons her kittens or was never there, this article will give you some tools to help turn the odds in favor of the kittens.
-----------------------------
how to feed the kitten (gambar hiasan stock photo) |
bila baca article ni nak serah kat sapa lagi bila tak tau petstore kat mana. nak tak nak terpaksa juga investing my heart to this little kitten.apa yang eric perlukan untuk menyusukan kitten ni ialah, susu dan alat untuk menyusukan contohnya, syringe (picagari) atau botol eyedrop yang muncungnya muat-muat untuk menyusukan anak kucing.
ketika anak kucing itu tidur berselimutkan stoking, tengahari itu juga eric keluar berjalan kaki ke mini market paling 'dekat' yang jaraknya lebih sikit dari 1.5km. tu je la kedai paling dekat untuk mission to save the kitten. takde kedai lain lagi dah. walaupun ketika itu hujan rintik-rintik eric teruskan juga dan berdoa "ya Allah jika aku berjaya selamatkannya akan ku jaga seperti keluargaku sendiri"
kebetulan pula disitu ada mini pharmacy.
"di sini ada jual syringe?"
"apa itu shrij?"
"errr.. picagari?"
"alat apa itu? strap keliling tangan?" (ya allah penjual pharmacy tak tau apa syringe!)
"alat yang biasa guna untuk ambil darah.. tapi takde jarum" sambil menunjukkan tangan seperti menginject di lengan kirinya.
"oo.. itu tak ada" tapi eric terfikir, maybe diorang kata takde takut eric salah guna, atau maybe benda tu memang betul-betul takde.
"mana pharmacy lain paling dekat?"
"di pekan sana ada guardian" (hah, ye la tu, nak jalan 5km! pergi balik dah berapa?!)
Eric mencari di bahagian pet food, selain dari makanan kucing ada ubat kutu kucing je botol yang di cari tak juga jumpa. selepas membeli susu dan beberapa barang keperluan sendiri eric cepat-cepat mencari apa sahaja yang membolehkan eric menyusukan the little kitten. eric terjumpa kedai alat tulis, eric mencari penyedut dakwat fountain pen tetapi semuanya sudah dicemari dakwat. tetapi eric ternampak bekas soluble glue yang muncungnya seperti eyedrop bottle, at least eric boleh membuang glue dan membasuh botol itu hingga bersih dan mengisikannya dengan susu. selepas membayar eric cepat-cepat balik kerumah.
sebaik tiba di rumah eric terus menjenguk anak kucing yang diletakkan dalam kotak. dalam hati eric berkata "kitty I'm home"
tiada tanda bernafas, eric mengusap kepala dan badan anak kucing itu, tetapi tiada reaksi. suhu badan si kecil itu yang tadinya suam mulai turun, badannya kaku dan mulutnya terbuka. rupa-rupanya anak kucing itu telah menghembuskan nafas yang terakhir ketika eric berusaha untuk menyelamatkannya. (no.....!)
eric terduduk, patah hati, I've invested my heart but... tuhan lebih menyayanginya, innalillahiwainnailaihiraji'un... eric terfikir sekiranya dia tidak terlalu berharap kepada ibu kucing itu mungkin petang itu anak kucing itu boleh dijadikan pengubat kesunyian. setelah kesedihannya berkurang eric membawa keluar anak kucing itu untuk disemadikan di kawasan berumput di hujung pagar, dan ketika itu eric terjumpa anak kucing berbelang oren juga menerima nasib yang sama... kaku di hujung longkang.. innalillah..
Ps: sekurang-kurangnya eric telah mencuba sedaya upaya, tetapi takdir menentukan segalanya.. sebak hati menulis kisah benar kali ni
very touch. kucing aku pun baru mati...
ReplyDelete