nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, June 26, 2012

Diorang Solat Kat Rumah Kot

ok... Entry ni ada juga kaitan dengan Entry yang terbaru. Tapi apsal lain bebenor tajuknya yeop? cuma yang ni lagi penting dari sebab dalam post sebelum ni (read last post) berkenaan dengan apa? baca tajuk aje dah tau, yess.. berkenaan dengan solat. 



Biasanya pada waktu lunch hour, selepas makan tengahari eric terus ke masjid kerana biasanya selepas eric selesai lunch barulah masuk waktu solat fardu zohor. begitulah rutin harian semasa waktu lunch hour. jadi setiap kali eric pergi solat zohor, eric cuma nampak tak sampai sepuluh orang pun dari syarikatnya yang pergi solat zohor di masjid. walaupun jumlah keseluruhan pekerja syarikat itu hampir mencecah 400 orang, tetapi orang yang sama jugalah yang eric jumpa kat masjid termasuk beberapa jurutera india muslim. orang localnya mana? jangan buruk sangka, jadi eric anggap oh mungkin diorang solat kat rumah kot..


walaupun office eric agak jauh dari masjid (rata-rata bangunan area ni tak menyediakan surau), eric tetap pergi jalan kaki, tak apalah kalau dalam keadaan berwuduk setiap langkah itu menghapuskan satu dosa, mendapat satu kebaikan, dan diangkat satu darjat. sebelum balik pula masuk waktu asar, di masjid orang yang tak sampai sepuluh orang yang sama tu lah yang meramaikan masjid di samping penduduk-penduduk di sekitar masjid. yang lainnya mana? mungkin selepas balik kerja diorang solat kat rumah kot??


dalam department eric, cuma eric seorang sahaja yang muslim. jadi jika ada meeting mereka ni macam tak faham ke orang muslim ada tanggungjawab untuk solat? hingga pada suatu hari meeting diadakan dengan syarikat yang lain yang jaraknya dengan tempat meeting adalah 70km (masih belum cukup 2marhalah). kesemuanya adalah muslim jadi sebelum zohor lagi mereka memandu, dan apabila tiba di tempat meeting tak berapa lama kemudian terus meeting di mulakan hingga masuk waktu asar. jadi di mana solat zohor mereka? masih mungkinkah diorang solat dirumah mereka?






didalam hati eric berkata "Ya Allah dengan orang-orang inikah yang harus aku berurusan dalam hal kerja? orang-orang yang tidak menjaga tiang agamanya?" dan kerana meeting tersebut eric hampir-hampir terlepas solat waktu asar. selama ini apabila masuk waktu sahaja waktu solat ketika itulah makmum menunggu imam. orang-orang arab memang menjaga waktu solat mereka walaupun mereka musafir di lebuhraya, apabila masuk sahaja waktu solat mereka akan berhenti dan terus mengerjakan solat walau di tepi jalan. tetapi di negara ini, inikah muslim yang mengatakan bahawa mereka rakyat dari negara islam?


mungkin kerana itulah dalam ucapan Sultan sering menekankan bahawa solat itu tiang agama. dan solat yang dilakukan itu boleh mencegah dari melakukan keburukan. Sultan negara ini amat mementingkan solat tetapi sikap segelintir rakyat yang acuh tidak acuh dengan apa yang dititahkan raja mereka. tetapi dalam hal lain boleh pula mereka ikut...


di saudi mungkin tidak ramai yang meninggalkan solat, tetapi disini mungkinkah mereka solat di rumah dalam masa yang begitu singkat sebelum masuk waktu maghrib selepas pulang dari kerja? dengan orang-orang beginikah harus eric bekerja? disebabkan keadaan begini, eric tidak berapa gembira pun di terima bekerja di sini. mungkin tidak akan dapat bertahan lama jika selalu berurusan dengan orang yang tidak menjaga solatnya, dan mereka inilah yang sering membuat keputusan yang tidak bijak (kerana dengan pergerakan dan bacaan dalam bersolat itulah yang membawa darah ke saluran darah tertentu mengikut waktu yang tertentu lima kali sehari) dan apabila solat tidak dijaga maka menjadikan mereka tidak bijak dalam membuat apa-apa keputusan.


di negara ini ramai yang dalam ICnya ditambah Haji dan Hajjah setelah mengerjakan haji tetapi mengapa apabila masuk waktu solat tak nampak muka pun di masjid? mungkin diorang solat kat rumah kot... atau mungkinkah hanya di daerah ini sahaja? atau syarikat ini sahaja? bila melihatkan keadaan begini, eric tidak menolak kemungkinan dirinya tidak akan bekerja lama dalam company sekarang. Ya Allah, tiada tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri (zalim)


PS: jika betul korang solat kat rumah atau tempat lain alhamdulillah, jika tidak semoga Allah memberikan Hidayah..


(HOME)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages