Semalam eric telah berpindah ke rumah baru, kenapa eric pindah terlalu awal tu mungkin eric ceritakan dalam entry yang lain. Semasa masuk ke rumah baru dan membayar deposit rumah kepada tuan rumah, eric memindahkan segala barangan ke dalam master bedroom. selepas berbual beberapa ketika dengan jiran, eric masuk semula kerumah. ketika sedang memerhatikan keadaan di dalam rumah, eric terdengar suara teriakan anak kucing di belakang ruangan dapur rumahnya. terdetik di hatinya "wow, ada family kucing yang bakal menjadi jiran juga disini".
Eric cuba membuka pintu dapur tetapi mungkin kerana pintu yang sudah lama tidak digunakan, agak lama masa yang digunakan untuk berusaha membuka kunci pintu dapur. tak berapa lama kemudian baru eric dapat membuka pintu belakang dapurnya. berdiri di pintu eric memerhatikan sekeliling belakang rumahnya. mana anak kucing? mana mak kucing? takde pun...
Eric keluar dan berjalan di luar kawasan dapur, tiba-tiba suara anak kucing berbunyi lagi, dan eric mencari dari arah mana suara anak kucing itu datang. rupa-rupanya ada seekor anak kucing yang berbelang oren yang kulitnya masih merah dan kelopak mata belum terbuka sedang merangkak di dalam longkang yang kering. eric menggunakan jarinya dan mengangkat anak kucing oren tersebut dibelakang tengkuknya seperti cara yang biasa di gunakan oleh ibu kucing membawa anaknya dan eric mengeluarkannya dari longkang.
terdengar lagi suara anak kucing yang lain. eric mencari lagi dibelakang tong sampah dan menjumpai seekor lagi anak kucing berbelang kelabu. dan eric meletakkan anak kucing oren berhampiran dengan anak kucing kelabu supaya keduanya dapat tidur bersama sementara menunggu si ibu pulang.
eric mengintai lagi dicelah beberapa barangan yang diletakkan di belakang rumah. eric terkejut kerana menjumpai dua ekor lagi anak kucing yang masih mempunyai uri tetapi malangnya sudah tidak bernyawa lagi dan dihurungi semut. anak kucing kelabu kelihatan seperti tidak mahu bergerak dari tempatnya berada. eric meninggalkan kedua-dua anak kucing ditempat anak kucing kelabu dijumpai, fikirnya mungkin ibu kucing akan datang untuk menyusukan anaknya yang baru dilahirkan. mana mungkin ibu kucing meninggalkan dan membuang anaknya sebagaimana yang sering dilakukan awek rempit zaman sekarang?
malam itu sekali sekala eric terdengar suara dua ekor anak kucing dari arah berlainan. mungkin anak kucing oren telah merangkak ke hujung rumah. malam itu eric tertidur selepas tengah malam. pada pukul 4 pagi kedengaran hujan yang amat lebat turun hingga selepas waktu subuh, eric terfikir bagaimana nasib kedua anak kucing dibelakang rumahnya.
Sebelum bersarapan pagi itu eric sekali lagi terdengar suara anak kucing. eric cuma menjumpai anak kucing berbelang kelabu sahaja, mana kala yang oren tiada di situ. longkang pula dipenuhi air hujan. Eric mencari-cari didalam longkang kalau-kalau ada anak kucing oren didalamnya tetapi gagal dijumpai.
eric cuba mengangkat anak kucing kelabu, tetapi rupa-rupanya salur uri anak kucing itu belum tercabut manakala urinya telah kering tetapi melekat dilantai simen. patutlah anak kucing itu tidak berganjak dari tempatnya dijumpai. rupanya ia tidak berupaya untuk bergerak kerana urinya melekat tidak seperti anak kucing oren yang merangkak entah kemana mencari ibunya walaupun matanya masih belum terbuka. nampak gayanya memang ibu kucing telah meninggalkan anak-anaknya tanpa kembali, mungkin membiarkan kesemuanya untuk mati. tetapi eric tidak sanggup membiarkan anak-anak kucing itu mati. cuma malangnya anak kucing oren gagal dijumpai.
eric mencari pisau untuk memotong uri tetapi tiada. lalu eric menggunakan mini scalpel yang baru diperoleh minggu lepas. selepas memotong salur uri yang sudah kering eric mengangkat anak kucing itu dan meletakkan di tapak tangan kirinya, badannya sejuk. eric cuba mencari kain buruk atau tisu didalam rumah barunya untuk menyelimuti anak kucing tersebut tetapi tiada. nak tak nak eric terpaksa menggunakan stokingnya yang baru kering dari basuhan malam sebelumnya.
Bersambung.. (Part 2)
No comments:
Post a Comment