Hi guys and gals! lama tak post entry kat blog ni apa kata bagi pantun sket
Pulau Pandan Jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur resakse dikandung tanah,
Ultraman yang baik dikenang juga!
apa punye pantun merapu eric bagi ni?!!
Bahasa apa nak guna untuk menulis kat sini? kalau boleh taknak tulis dalam bahasa yang boleh difahami di negara yang sedang eric berada. habis takkan nak tulis loghat kelantan, lagi ramai tak faham, bahasa arab lagi la caca marba! so tulis je la dengan bahasa ibunda eric...
kemana eric menghilang? eric sekarang kat brunei. lama betul tak menulis, setakat ni, rasanya ni pecah record tak mengepos new entry untuk sekian lama. masa kat malaysia, memang ada internet connection cuma terlalu banyak urusan yang perlu di selesaikan hingga cuma sempat post 2 entry dalam masa dua minggu. dan setakat dah sampai kat brunei satu haram pun belum sempat post. entry ni pun belum tentu dapat post lagi. hari ni 3 june 2012, tengoklah bila boleh post nanti korang boleh lah nilaikan sendiri.
hari ketibaan di brunei, agak gembira bila mengetahui BBM boleh dipakai di sini menggunakan malaysia service provider. disangkakan panas hingga ke petang, rupanya ribut petir di tengah hari. keesokan tengahari, iaitu hari pertama kerja mendapat sms dari service provider "kredit panggilan anda kini kurang dari RM3. pastikan anda tambah nilai untuk terus menikmati perkhidmatan & faedah daripada kami"(Eee!! kredit berpuluh ringgit habis gitu je!! !!) dan pada masa itu, eric mula terputus hubungan dengan dunia luar, nak beli new starter pack, service provider center tutup pukul 4! terasa seperti dunia begitu gelap gelita! terasing di bumi yang asing. bukan itu je, internet pun takde!! lagi la haru dowh!!
memulakan hidup baru di sini bagi eric agak susah, tidak semudah memulakan hidup baru di middle east. masuk je terus ada wifi nak skype pun no problem on the day of arrival! kat sini dah seminggu arrived sampai sekarang takde lagi wifi. sim card mobile pun hari ketiga baru dapat beli! simcard internet? sampai hari ni aku tak jumpa lagi. kalau entry ni dah post maknanya eric dah jumpa internet simcard atau terjumpa cyber cafe. ni la masalah kalau station bukan di bandar macam bandar seri begawan kot! never been there before..
bahasa brunei lebih kurang macam malaysia cuma more to a sabahan dialect. kata nama diri banyak pakai kau atau aku, even budak pun cakap macam tu dengan orang tua, kalau kat malaysia (kecuali orang jawa) mau kena chop kurang ajar punye budak! jadi untuk menyesuaikan dengan bahasa eric cuma menggunakan english dengan kata nama I, You atau nama orang dan nama sendiri. (budi bahasa budaya kita.. eceh! eceh!)
Dari segi pemanduan kereta, eric seriusly kagum! antara saudi dan brunei macam langit dengan bumi. baru je berdiri tepi jalan sikit kereta dah berhenti tunggu kita lintas jalan! diorang sanggup berhenti tunggu walau tak tahu korang taknak melintas, even driver eric pun camtu. kalau berjalan tepi jalan (bukan di kaki lima) hingga rasa macam bersalah lak kalau diorang berhenti tapi kita sebenarnya tak nak pun melintas jalan.
kecuali bila nampak driver dari negara pengeluar bawang!! merekalah perosak budaya middle east, dan masih membawa budaya kurang ajar kesini. tapi maybe tak semua, yang dah lama berada di sini mungkin dah belajar. selama seminggu berada dijalan atau berjalan di tepi jalan, satu bunyi hon pun tak dengar, kecuali hon memanggil orang! nasib la eric belum drive lagi kat sini, kena adapt betul-betul mengikut kesesuaian, yelah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum!
dari segi makanan, lauk ada beza skit dengan malaysia, makan apa-apa pun sup kosong akan datang beserta dengan apa-apa nasik termasuklah mee goreng. lauk, ada yang sama, ada yang lain, kalau rasa tak kena dengan taste telan ajelah jika tak nak kelaparan. rasanya berat badan 7kg yang eric gain selama dua tahun di middle east boleh hilang dalam masa 3 minggu je di sini. nak makan tengahari memang banyak kedai yang boleh dipilih, nak makan malam... kedai jauh dari kawasan kediaman, dah lah takde transport, kalau nak jalan mau setengah jam baru sampai, lepas makan balik berjalan boleh lapar balik perut sebab jauh berjalan. kerana sebab nilah eric terpaksa beli dinner dulu sebelum balik rumah.
dari segi cost of living, agak tinggi jika dibandingkan dengan negara sendiri dan negara sebelumnya. sewa rumah, normally fully furnish dalam range $1200 keatas. cuma kereta je yang agak rendah jika dibanding dengan malaysia. to start a living kena sediakan at least $2000, untuk rumah dan kereta sahaja, belum lagi cost-cost lain.
yang menyedihkan, masjid. di saudi kita boleh dengar hingga 7 buah masjid azan. kat kampung eric boleh dengar hingga 4 buah masjid azan. kat sini? very sad to say, masjid tak banyak, kat tempat eric tinggal sekarang, satu masjid tu je lah dalam 3kilometer radius! dari rumah eric memang tak dengar, cuma time subuh je dengar sayup-sayup dari kejauhan. innalillahiwainna ilaihiraji'un..
with the situation like this what do you think eric? just wait and see. hanya kepada Allah sahaja tempat eric bergantung dan memohon pertolongan.
PS: Thank you to all commentators for your support, tetapi untuk beberapa komen tentang pengganas yang nak eric bongkarkan, sorry tak dapat published, tengok kepada statistic, banyak IP yang tak biasa mengunjungi entry tu, takut diorang chop eric ni salah seorang bakal pengganas. tengok la dalam beberapa hari lagi apa reaction dari IP asing ni.
PS2: buat pembaca Brunei, salah dan silap jangan marah ye, eric ni orang baru bah! bukan mau bikin panas.. :)
adios amigos!
PS2: buat pembaca Brunei, salah dan silap jangan marah ye, eric ni orang baru bah! bukan mau bikin panas.. :)
adios amigos!
Lu bikin panas la bro
ReplyDeletepanas? pasang la kipas, nak lagi best pasang aircond 3hp hehehe
Deletehuhuhu. pegi ler masuk miri...
ReplyDeletedah masuk, dan insyaallah akan masuk every weekend
Deletebaru baca entry ni.. semlm dok nampak title jer on fb. brunei for me is tad boring country :D ahahah lucky lar tak jadi kawen dgn one bruneian ni dulu.
ReplyDeleteanyway, kalo ada kesempatan try check out the empire hotel & resort. stayed there rasanya last 4 years kot.. nice resort.. ada panggung wayang dlm tu...
and don't forget the ambuyat pix.. kalo makan amik gambo n upload in your entry ya
have fun there!
exPCrian
miri is better than bandar. kena cari resort tu for a hantu wayang like me hehhehehe
Delete