memulakan hidup baru di negara orang untuk mencari rezeki bukanlah sesuatu yang mudah. bukan sengaja suka-suka merantau kenegara orang. dimana pintu rezeki terbuka untuk seorang yang bergelar engineer disitulah yang dituju. bukannya tiada peluang kerja di negara sendiri sekadar mencari pengalaman bekerja diluar negara. jika dulu eric tidak keluar bekerja di timur tengah, banyak perkara yang eric tidak ketahui mungkin hanya sekadar menjadi engineer seperti katak di bawah tempurung. pengetahuan yang cuma setakat satu bidang engineering sahaja.
tetapi apabila keluar baru kita sedar rupa-rupanya banyak lagi perkara yang kita tidak tahu, dan lebih banyak perkara yang kita mula belajar. memulakan kehidupan baru dinegara orang bukan sesuatu yang mudah. ia lebih rumit jika kita bermula dengan berseorangan. jika bermula di tempat baru dengan sekurang-kurangnya seorang kawan mungkin hari-hari yang dilalui lebih mudah dan lebih baik dari berseorangan apalagi jika lebih dari dua atau tiga orang rakan.
Tanggapan masyarakat kepada para jurutera tertumpu kepada pendapatan mereka. kebanyakan mereka berfikir jika ramai jurutera disitu maka mudahlah untuk membuat duit dengan mengenakan bayaran berganda berbanding kawasan yang tidak ramai pekerja dari kalangan jurutera. biasanya di mana para jurutera yang ramai bertumpu? tentu sekali kawasan industri lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan industri petroleum. sebagai contoh, lihat sahaja harga kedai makan di kerteh berbanding kedai makan di kemaman.
begitu juga di Brunei. penduduk setempat yang tinggal berhampiran dengan kawasan para jurutera bertumpu suka menaikkan harga barang dan perkhidmatan beberapa kali ganda dari kawasan lain yang kurang bilangan juruteranya. tidak seperti negara arab yang mengenakan harga yang mahal kepada bangsa mereka sendiri berbanding dengan orang asia, kerana mereka tahu walaupun jurutera asia mungkin bergaji lebih tetapi pak arab sebenarnya lagi kaya dan lebih berharta dari mereka.
contoh yang lain di Brunei, semasa mencari rumah sewa, harga sewa yang di kenakan agak tidak masuk akal jika dibandingkan dengan rumah yang setaraf dengan malaysia. jika sewa rumah kawasan yang jauh dari bandar mengenakan harga RM500 sebulan tetapi di sini harga yang dikenakan adalah 800dolar (lingkungan hampir RM1800) untuk rumah yang agak buruk. apatah lagi kalau rumah yang ingin disewa adalah rumah bungalow! begitu juga dengan harga sewa kereta. kereta honda civic 1.8 generation 8 seperti yang eric pernah pakai di saudi di kenakan sebanyak 700dolar sebulan! (damn i miss that car).
"kalau saya pakai 3 minggu?" tanya eric
"aku bagi sewa 600" jawab tuan kereta
"dua minggu" tanya eric lagi
"lima ratus"
"kalau seminggu je?"
"empat ratus baik kau sewa sebulan je, tapi kalau nak lagi selesa ambik tu 1500 sebulan"kata tuan kereta sambil tunjuk sebuah MPV Nissan Serena
eric terkedu... buat apa MPV setakat gi kerja balik kerja sorang-sorang lak tu, bukannya satu team bola nak gi keje, abis kuat pun 2 orang je. untuk kereta honda civic 700dolar adalah satu harga yang agak mahal untuk menyewa kereta, kerana dengan jumlah sebegitu sudah dapat membuat pembayaran deposit minimum sebuah kereta baru. dan harga seminggu sahaja sudah melebihi sewa sebuah mitsubishi gallant glx untuk sebulan. jika tetap tiada kereta lain untuk disewa, nak tak nak terpaksalah eric menyewa juga.
Nasib baiklah member lama eric yang sudah lama bekerja di brunei juga tolong mencari kereta, siap tumpangkan rumah sendiri lagi untuk memudahkan mengambil kereta esok harinya. tuan kereta yang diperkenalkan takde banyak berkira macam tuan kereta yang eric jumpa sehari sebelumnya."kereta ni aku bagi kau 250 sebulan, kalau rosak aku tanggung, kalau eccident kau tanggung" kata tuan kereta
(Gambar hiasan) Civic EG |
maka hari tu balik lah eric dengan menyewa Honda civic EG dengan harga 250dolar sebulan. eric pun tidak pernah terfikir akan memandu kereta tersebut dengan sound system yang boleh membuat paru-paru bergegar jika dipasang dengan volume tinggi. jadi eric pasang slow-slow je. sekurang-kurangnya boleh eric menggunakan duit tersebut untuk keperluan asas yang lain. alhamdulillah...
PS: berbanyak terima kasih kepada bro Fareedz & isteri kerana membantu mencarikan kereta. alhamdulillah boleh la save duit dari kena baham dek buaya tembaga yang tamak haloba.
Hi Eric..
ReplyDeleteSy nak tumpang tanya boleh? Sy tgh merancang utk ke Brunei. Jadi blh x Eric suggest area mana yg sesuai utk menyewa? dan skg ni range sewa rumah berapa?
TQ Eric.
Nak tanya boleh no problemo. Merancang ke Brunei? soalan agak general, untuk kerja ke jalan2? range rumah sewa bergantung pada area dan jenis rumah yang di sewa. kalau kerja area Kuala Belait, so far sewa rumah paling rendah BND 800, 2 bilik.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteHi Mr. Eric.. nak tny.. dgn pgalaman u kat brunei lah kan, sng x nak cr kerja kat sana. Situasinya, I igt nak amek unpaid leave n travel to brunei. (Mrajuk dgn boss ) Sambil travel tu kerja smentara kt sana. Cari pgalaman jd kuli.
ReplyDeleteHi Amira, nak cari kerja kat brunei bukanlah perkara yang mudah. Priority peluang adalah dibuka kepada rakyat mereka dulu berbanding warganegara lain unless you have a special ability or specialist in certain area yang jarang-jarang ada dalam bidang yang diceburi. company besar tak banyak kat sana melainkan 3 company. (Brunei Shell, Brunei LNG & Brunei Methanol). another thing, kalau female tu duduk sebulan comfirm dah bosan, at 9 semua kedai dah completely tutup. and there's nothing interesting there really. sebab tu orang brunei asal hujung minggu naik flight gi KL, Singapore & etc..
Delete