nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, June 28, 2011

Antara Kereta Dan Perkahwinan



Musim cuti sekolah yang lepas ramai member amik peluang untuk mendirikan rumah tangga. Jadi Eric cuma nak share satu artikel untuk yang bergelar pengantin baru, bakal pengantin, dan yang kahwin dah berpuluh tahun pun apa salahnya kalau nak baca.

Apabila pertama kali kita keluar dari galeri pameran dengan memandu kereta baru, kita benar-benar berazam untuk memeliharanya. Kita tidak mahu ia calar, kita akan basuh setiap kotoran, kita akan lindungi ia dari panas dan hujan seboleh mungkin.
Walaupun perjalanan jauh dan sesak, kita tidak akan berasa letih. Jika letih pun kita masih sanggup untuk memegang stereng. Kita seperti tidak percaya dengan sesiapa pun untuk memandukan kereta itu buat kita. 

Pertama kali kita memandu kereta ini, kita menekan pedal minyak dengan lembut, perlahan dan sayang. Menekan pedal brek dengan berhati-hati, menghidu aroma baru di dalam kereta dalam-dalam. Kita tersenyum lebar, megah dan bangga. Kita mahu kereta itu kekal dalam keadaannya seperti itu selama-lamanya.

Apabila sampai di rumah, kita gilap walaupun tiada habuk yang melekat. Kita duduk di luar membelek, memerhati dan menggosok-gosok sana sini. Kita tidak  segan silu  bergambar di samping kereta baru ini walaupun diperhatikan jiran-jiran. Kita rasa kita berhak dan patut berkelakuan begitu, sebab inilah hasil jerit-perih kita.

Ketika ini jika ada budak-budak bermain berhampiran, kita akan halau mereka. Jika kanak-kanak itu anak kita sendiri kita akan buat peraturan baru, jika kanak-kanak itu anak jiran, kita digelut bimbang dan gelisah, khuatir kanak-kanak itu akan mencederakan kereta kita. Kita merasakan kereta adalah kita dan kita adalah kereta. Begitu intim, begitu mesra, begitu rapat, begitu nostalgic, begitu sayang, cinta dan kasih.








Namun, suatu hari tatkala kita sedang mencuci kesan hentaman batu, melecet catnya, luka dan cedera. Kita cuba gilap, gosok dan tenyeh namun lukanya dalam dan kekal. Kita mula berasa tak sedap. Impian kita untuk mengekalkan imej barunya seperti telah dicemar. 

Suatu hari yang lain tatkala sedang memandu dengan berhati-hati, tiba-tiba kita terlanggar bonggol yang agak tinggi, hingga tersagat bawah kereta. Alamak, kita rasa sakit sekali. Habislah kereta aku…

Apabila kita membeli kereta baru samalah macam kita bergelar pengantin baru. Kita mahu menjaga kereta itu amat-amat, tetapi ia tetap bergaris dan bergores sesetengahnya atas perbuatan kita sesetengahnya oleh pihak lain. Kita mahu menjaga pasangan kita amat-amat tetapi kadang-kadang kita tergores atau kita menggores, kadang-kadang kita tidak bermaksud begitu tetapi disalah tafsir.

Perkahwinan adalah perjalanan dan pemilikan. Seperti kereta yang digunakan untuk menempuh perjalanan, ia juga satu pemilikan. Dalam perjalanan jangan aspect segala-galanya okey, ada kalanya terpaksa berhenti kerana jalan raya sesak, ada kalanya terpaksa melanggar had laju apabila dalam kecemasan, ada kalanya terlanggar lubang sebab jalanraya tidak rata, ada kalanya tidak dapat bergerak sebab tiada petrol dan duit tol.

Perkahwinan kadang-kadang macam kereta berguna untuk perjalanan jauh; jika cukup petrolnya dan cukup semua syaratnya, ia boleh sampai ke mana-mana saja tempat yang dituju. Tetapi dalam perjalanan itu bermacam-macam perkara juga boleh berlaku, perjalanan terpaksa berhenti untuk menikmati pemandangan indah,berhenti untuk bayar tol, berhenti untuk hajat besar dan kecil, berhenti untuk berhenti terus. 

Dalam perjalanan, yang tidak terduga kadang-kadang mengambil sudut; sewaktu mengundur terkena tiang lampu, ketika parking tersentuh kereta sebelah, tatkala bergerak batu kecil dari lori jatuh menghentam. Perjalanan bermakna KESABARAN, perkahwinan juga mengharapkan KETENANGAN. Walau apa yang ditempuh, sama ada rela atau terpaksa, kadang-kadang perjalanan terpaksa diteruskan, sebagaimana perkahwinan juga perlu berjalan hingga takdir memberi penyudah.


PS: dari artikel Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages