nuffnang

nuffnang LR

Monday, June 20, 2011

Episode 41: The Monster Inside Me

Cerita yang aku nak cerita ni bukan cerita biasa atau luarbiasa. Sebelum di ceritakan, cuba korang tanya diri sendiri berani tak korang marah kat bangsa yang angkuh ketika korang berada di negara mereka sedangkan bangsa korang sendiri cuma minoriti disitu? Kalau korang berada di negara padang pasir ni, beranikah lawan bos penduduk tempatan padang pasir? Cerita ini adalah cerita yang aku sendiri alami. (semua experience dalam blog sebelum ni pun memang semua cerita betul)-[segala dialog telah dialih bahasa dari english]

Cerita ini berlaku setelah beberapa bulan ditukar department. Begini ceritanya, pada satu hari, selepas mengambil cuti mengerjakan umrah. apabila aku kembali bekerja pada hari berikutnya, seperti biasa aku membuka email yang di post dalam outlook. Terdapat satu email dari team leader suruh aku buat satu excel sheet tetapi kerana aku bercuti, tugas itu diambil alih oleh orang lain. Alih-alih bila dah tau aku masuk kerja hari tu, aku lak yang di suruh sambung kerja yang separuh siap. kenapa tak suruh orang yang buat tu habiskan je keje tu, well ok fine kau team leader kan. 


So, aku pun start on the work, bila aku tengok semua data yang di hantar, aku terasa seperti something familiar, ianya sebijik dengan data yang aku keluarkan dari SAP beberapa bulan yang lepas ketika aku masih dalam department lama. Jadi rupanya tak ada apapun yang berubah dengan data yang telah dihantar kepada mamat yang menyuruh ni. Maknanya dia tak buat apa-apapun sejak 2 bulan yang lepas! ooo ini kerja kau ye! patut la asyik sharing url address pasal study hapekejadah kepada semua department staff. Pastu ko punye task kau pass kat orang lain. 






Oleh kerana orang yang ambil alih kerja ni dah siap aturkan list dengan penuh kepeningan, bukan setakat itu je, malah kepeningannya turut berjangkit lak kat aku. Walaupun agak pening, aku cuba juga untuk settlekan list untuk semua loji(plant) dan hantar. Then mamat ni cakap ada something yang nak kena betulkan dalam data, aku cuma menunggu peluang balas dendam. Tapi bila dengar cara percakapan dan pertanyaan sama yang sering di ulang-ulang, bara dihati umpama unggun api yang di simbah dengan petrol dan mula marak terbakar! (eric memang pantang apabila pertanyaan yang telah dijawab kembali di ulang)
eric skywalker


Aku mula berubah ke 'darkside' dan mengikut kata hati yang sedang membara. (ini bukan filem Star Wars)
Lalu aku menengking dengan ucapan kuat, kasar dan agak keras!
"WTF else yang ko nak aku buat?! Nak banyak-banyak cekadak sangat buat sendiri la!!"
Terkedu mamat arab ni terkena tengking dengan anak buah. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Jangan anggap orang malaysia macam orang filipino. Orang filipino akan ikut je apa yang di suruh walau bukan jobscope diorang. Tapi Aku... I'm different. Sekali tengking tanpa aku sedari, secara tidak sengaja, aku telah terlepas sebijik F-bomb.. Ooppsss! Ahh lantaklah biar dia rasakan  kalau tak pernah kena Maki dengan F-bomb this is his first! (sejak menjejak kaki di Saudi this is the first, not bad bro..)


Selepas tu aku lansung tak layan kerja tu, aku biarkan aja, lantaklah apa aje yang mendatang aku akan face it! tapi jangan sampai memakan diri. Sebagai cover up, petang tu aku berjumpa dengan bos besar berbincang pasal perkara yang berlaku pagi itu.(bilik aku dengan bilik bos bersebelahan je) terbeliak biji mata bos bila aku bagitau aku marah giler-giler tak ingat dunia. Dia pun tak tahu menahu kejadian pagi tu kerana ketika aku tengking mamat tu, dia tidak berada di dalam biliknya.


"Kami hanya bergantung kepada awak untuk menjayakan projek ni, dateline dah tak lama untuk di present pada para pengurus senior" kata bos tersekat-sekat
Lalu aku terfikir di dalam hati "hmm.. senang la aku nak sabotaj kalau diorang buat hal dengan aku" (terasa seperti ada tanduk yang tumbuh dikepala ketika itu>:) devil hehehe...)
"Saya akan bercakap dengan dia berkenaan hal ini" katanya sambil bersiap untuk pulang kerana masa sudah melebihi pukul 4 petang. Aku keluar dari bilik bos ketika dia sedang mendail telefon.


Beberapa minit kemudian, Sedang aku tengah review something else, terdengar bos menutup pintu biliknya di sebelah dan berdiri didepan bilik.
"Saya dah beritahu dia mengenai hal ini, biarkan dia menyiapkannya sendiri, awak boleh sambung kerja awak seperti biasa." kata bos
"Ok, terima kasih" 
Hah! Sekarang mamat tu kena siapkan sendiri kerja yang memang sepatutnya dia siapkan. Biar dia sendiri buat kerja yang memeningkan itu. 


Sejak hari tu, team leader terbabit accident kereta pun aku ambil kisah apalagi nak pegi melawat. Time dia kembali bekerja selepas 2 minggu MC, hampir semua orang dalam wing office pergi bertanya khabar, tapi aku buat tak tahu, hingga dia yang datang tanya khabar aku. Department buat parti menyambut dia kembali bekerja, aku terpaksa masuk sebab bos yang ajak.


Dulu sebelum kena tengking seminggu dua kali masuk bilik aku tanya itu ini. Selepas kena tengking lalu depan bilik pun tak berani nak toleh. Salah satu sebab aku tak suka kerana aku tahu team leader ni salah seorang pengikut syiah, sebab aku tak pernah nampak dia kat masjid dan kalau time sembahyang dia akan sembahyang dalam bilik sorang2 (biasa di praktikkan oleh orang-orang fahaman syiah disini dan selalunya diorang solat jamak- asal keluar rumah boleh jamak- memang dasar sesat)


pengikut-pengikut ni biasanya susah nak naik pangkat dan tak berani buli arab lain. Jadi dia buli foreigners. Nak buli aku? Silap besar la, kalau bab-bab rebel balik memang aku tak kasi chance. Aku tak akan absorb sesuatu yang bukan dalam scope aku dengan mudah. Maybe mamat tu sakit hati, tapi ada aku kisah? Kalau dia buat taik, tau la aku ajar dia sebelum aku blah, siapa the key person dalam this team? heh..


Aku tahu, ramai orang lain kat affiliate lain tak berani lawan melainkan ikut je. Tapi aku mengikut prinsip aku sendiri, adakalanya kita perlu menolak apa yang tak patut kita absorb dan jangan membebankan diri sendiri dengan perkara yang tidak patut kita lakukan. Sepanjang karier aku, amat jarang aku naik angin macam ni kalau ada pun boleh kira dengan jari sebelah tangan je. Tu pun dah bertahun-tahun yang lalu, tapi disini kena keras la sikit, kalau tak mahu kena pijak kepala.


Aku seorang yang biasa-biasa saja, tapi selalu darkside bila driving. Sebab tu kalau telefon berbunyi time driving aku akan kata telefon balik pukul berapa, which means a time bila aku dah out of the car. Aku only menerima call semasa driving from closest friends and family. Tu pun pernah disalah sangka sebab terjerit on the phone because of stupid driver in front of me. sigh..


eric wazowski
Memang aku ada doa di Masjidil Haram agar di beri kekuatan dalam sesuatu yang dilakukan dan berani menegakkan hak sendiri. Aku juga sepatutnya berdoa menjadi driver yang penyabar, dan menjadi penyabar dalam segala apa situasi. Amin...


PS: Adakalanya kita perlu berani menolak sesuatu yang diluar dari bidang kerja kita, tapi sebaiknya tolaklah dengan cara yang baik. Jika kelihatan kerja itu di tolak kepada kita dengan sengaja, kita mesti membuat sesuatu untuk mengelakkannya berlaku di masa hadapan. rite?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages