nuffnang

nuffnang LR

Saturday, January 14, 2012

Mimpi

Dua hari yang lepas eric bermimpi, didalam mimpinya kelihatan eric baru sahaja tiba di negara Qatar yang berjiran dengan negara eric bekerja sekarang iaitu Saudi Arabia. Disana eric terjumpa seorang rakan sekerja syarikat lama yang sudah dua tahun bekerja di sana. Ketika baru sampai eric masih terpinga-pinga ketika dibawa bersiar-siar sekitar Qatar. 

Rakannya menceritakan enam orang lagi yang juga pernah bekerja bersama dengan company lama. Diceritakan yang mereka ok je bekerja kat sana. Apakah maksud mimpi ini? adakah kerana di pengaruhi kemalasan nak menyambung kontrak?

Sementara itu dalam alam realiti (bukan mimpi) semakin ramai yang mula berhenti dan tidak mahu menyambung kontrak kerja di Saudi. Ada yang mendapat pekerjaan di sekitar negara teluk yang lain dan tidak kurang juga yang pulang untuk bekerja semula di Malaysia. Ada yang mahu pulang final exit walau tiada tawaran kerja di malaysia kerana ingin merehatkan fikiran. Hari-hari bekerja terasa macam dah malas nak bangun pagi, waktu subuhpun sudah semakin awal dan suhu persekitaran mula meningkat sedikit demi sedikit. 
Alaa.. hari ni kena pergi kerja lagi ke?
bukan dah weekend ke?
Eric sendiri pun sudah boring untuk menyambung kontrak di Saudi. Eric pun sudah beberapa lama secara aktif mencari pekerjaan baru, banyak negara yang di apply tetapi bukan lagi di saudi...




4 comments:

  1. Kt mana lagi Abe apply. Knp rasa Boring? Ditindas @ x Adil.. Setiap pekerjaan yg halal pasti Ada keseronokannya... Yg tinggal kita sendiri utk buat setiap apa pekerjaan ikhlas kerana Allah & bersyukur, insyaAllah seronok & semangat Akan datang.. Walau di mana pun kita bekerja. Gud Luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Izzah:Perlu ke aku jawab soalan tu mail?)
      only those who already worked here, already final exit, planned for final exit due to work and surrounding knows why. you've never been in their shoes.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages