nuffnang

nuffnang LR

Monday, March 12, 2012

Ep 60: Picnic Padang Pasir N' Rempit ATV

Last 2 weeks walau letih baru balik dari Bahrain, ada lak yang buat last minute planning untuk berpicnic di padang pasir selepas solat jumaat. sebelum solat jumaat eric tak buat apa-apa kat rumah cuma menunggu telefon berbunyi dengan penuh debaran. Tunggu telefon? Ape kes??

Sebenarnya tengah menunggu phone interview daripada Brunei. Nasib baik job agency tolong schedulekan interview hari jumaat. Selepas solat subuh memang dah tak boleh nak tidur, berdebar pun ada tapi masih gatal tangan lagi nak menulis blog sambil berfacebook dan breakfast. Bila tepat pukul 9 (2pm Brunei time) telefon berbunyi! selepas 45minit barulah interview tamat dan eric diberi pilihan, salah satu antara dua post yang ditawarkan dan... (owh! sudah lari tajuk, lain kali la sambung)

Berbalik kepada desert picnic, setengah jam selepas solat jumaat seperti yang dijanjikan, tapi biasalah.. janji melayu.. setengah jam jugalah menunggu dalam kereta, menunggu yang mana yang lewat. Dulu berkelah di padang pasir tiga family dengan dua kereta, tapi kali ni 6 family dengan 5 kereta. Picnic dengan Family yang bakal pulang ke Malaysia tetapi datang kembali untuk Join company lain mungkin selepas Eric final exit. makin ramai Picnic, makin meriah dan makin lama menunggu ahli rombongan yang agak lambat... (yang terkena jangan marah ye hehehe...)


Selepas hampir sejam perjalanan, masing-masing mula lapar, ye la biasanya bila balik dari solat jumaat dalam pukul 12:30 dah beli nasi kabsah kambing buat lunch. Tapi nak ber'desert picnic' punya pasal, dekat pukul 3 baru nak lunch. Bila Perut mula lapar, eric yang lead the way, asal nampak ATV nak berhenti makan, asal nampak ATV nak berhenti makan. Hinggalah tinggal beberapa kilometer lagi nak sampai ke simpang Nairiyah barulah ternampak tempat yang kami datang untuk main ATV last time. 







So kat situlah kami park kereta dalam  formation untuk halang angin, pasang penghadang, hampar carpet dan dirikan khemah. Bila semua dah siap apalagi, tibalah masa untuk mencekik nasik, segala lauk, rojak dan sebagainya. Selepas solat asar, barulah aktiviti merempit dengan ATV bermula. Sewa ATV juga lebih murah daripada biasa kerana cuma dikenakan SR50 untuk satu jam. Walaupun ada yang menggunakan lebih dari sejam tetapi tuan punya ATV kira halalkan aje. Yelah, petang tu aje dah berapa ATV kami sewa. 


Eric cuba merempit diatas jalan berturap nak test berapa laju boleh pegi dengan full throttle, cuma rasanya takdelah laju mana. Mungkin kalau lain kali sewa ATV yang ada manual transmission, baru boleh buat skill wheelie. Kemudian semua orang mula mengikut test merempit atas jalan, tetapi tuan punya ATV melarang merempit atas jalan kerana risau cepat  haus tayar ATV katanya. 
Rempit kat padang pasir aje lah
Seperti biasa geng-geng wanita tak habis-habis berposing dengan ATV. Semenjak dua menjak ni bila check facebook penuh gambar rombongan cik kiah berposing time morning coffeelah, kelas arablah, jamuan itulah, jamuan inilah. pantang nampak kamera terus serbu! macam tak pernah jumpa kamera kemaruk nak amik gambar! (confem diorang geram bila baca ni Hahaha.. relax cik kak, gurau je! tapi memang kaki 'SS' pun!)


Selepas menghantar kembali ATV dan selesai solat maghrib, unggun api di pasang kerana suhu sekeliling mulai sejuk. Kami mula menjamah hidangan makan malam dan anak-anak mula membakar sousage di unggun api. Dan selepas solat isya' barulah kami berkemas dan bertolak pulang ke Jubail.
Home

2 comments:

  1. salam. nice blog adik eric... enjoy reading your story mory, but make me scary too... i'll be joining jubail soon, my husband will be working there. Huhu... macam2 keranah org arab ye... lain padang lain lalang... tapi pengalaman itu satu cukup yang mahal, moga adik eric terus tabah menghadapinya....

    ReplyDelete
  2. tima kasih kak. adik eric? mana akak tau saya ni muda ke.. tua ke? rasa macam umur baru sweet 20 je. orang perempuan tak perlu takut, boleh join geng 'juma nisa'. Tak banyak tanggungjawab luaran. yg takut biasanya yang kena kerja (husband akak), tengok nasib la kalau bos ok staff yg lain ok, insyaallah everything will be OK, and Vice versa. saya pun tak lama lagi akan final exit. kak, perumpamaan tu bukan lain Padang lain Belalang ke? hehehe.. All the best!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages