nuffnang

nuffnang LR

Wednesday, August 31, 2011

Perutusan Aildilfitri 2011

Di kesempatan ini saya malas nak susun sepuluh jari sebab korang bukan nampak pun kan? dan korang pun bukannya yang dipertuan Agong sampai aku nak susun sepuluh jari nak mengadap bersalam. pertama sekali aku nak mintak maaf zahir dan batin keatas mereka-mereka yang mengenali dan tidak mengenali penulis blog ini atau nama samarannya eric. minta maaf juga kepada mereka-mereka yang telah di kutuk sepanjang penulisan di dalam blog ini secara direct dan indirect, sesungguhnya saya juga manusia yang punyai banyak kekurangan.

tidak lupa kepada rakan-rakan di saudi arabia, other middle east area, yang tak balik tu bila lagi nak rasa beraya kat negara lain, yang rayanya tak semeriah macam raya kat malaysia kan? kalau dah lama tak balik tu, bawak-bawaklah diri balik jumpa mak ayah dan family. 

yang dok kat US, UK Autralia dan lain-lain, kesian.. dah la kena keje (selasa) nak wat cemana dok negara sana, nak tunda summer holiday dah lepas, tunggu winter je la kot. 

yang mana aku ada hutang (walau aku normally tak berhutang) jika ada silalah tuntut. lastly selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.





Sunday, August 28, 2011

Third Day in KB

"Ada kenal orang-orang kat masjid tadi?" tanya mak aku.
"Sorang pun tak kenal,semua muka baru. Tok imam Hj Rahim pun takde, tapi adik dia ustaz muhammad ada. Sorang tu je la yang kenal pun" jawab aku yang baru balik dari solat terawih kat masjid tak jauh dari rumah.

Masjid sementara kat kampung aku sekarang ni cuma boleh memuatkan 60 orang jemaah lelaki sahaja, sementara menunggu masjid lama yang dalam pembinaan semula tambah setingkat dan ruangan yang jauh lebih besar dari saiznya sebelumnya. Mana geng-geng lama kampung dulu? entah lah beb semua dah ilang, brader P aku jumpa time raya lepas, tapi dia nak tegur pun segan-segan, tapi aku yang tegur dulu sempat gak bertanya khabar. tahun ni takde lak nampak dia time jalan kaki nak gi masjid.

brader B last aku jumpa hampir sepuluh tahun lepas masa kerjanya jual kereta second hand. dah tak nampak terus. Brader H dengar cerita dari mak dia jadi pereka dan pengurus tarian kebudayaan, lagi la lama tak nampak padahal belakang rumah je. ramai lagi geng yang on and off dulu, kebanyakannya missing in action. dalam geng lama ada la dua orang mamat ni yang agak aktif dalam aktiviti junior gangterism, tapi nampaknya berubah perangai jadi berlagak abis, kita senyum pun buat tak tau, kalau macam ni baik takyah tegur lantaklah malas aku nak layan orang bodoh sombong macam ni. tayang kereta mengalahkan orang yang pakai ferarri, tu baru pakai kereta proton wira! wa talak heran ma! kalau ajak race pun asap kereta aku pun diorang tak sempat nak makan!

cuma harapnya takdelah yang terlibat jadi 'doktor inject sendiri' maklumlah dulu area kampung ni jadi drug black area, hari-hari polis masuk dengan motor kapcai. drug lord kat sini dengarnya dah dua tiga kali keluar masuk penjara, bukan penjara je, pusat serenti pun sama dua tiga kali keluar masuk. sebut je nick name dia semua orang kenal, takyah la aku sebut hehehe

Pergi terawih semalam, bila lalu depan sebuah rumah, teringat lak zaman-zaman BMX, kami ni memang tak pernah tinggal solat maghrib dan isya' kat masjid. antara waktu maghrib dan Isya' time tu la banyak masa untuk beberapa aktiviti termasuk main mercun (ramadhan je). ada satu malam lepas solat maghrib, tiba-tiba brader H tak puas hati dengan sorang budak yang juga selalu solat kat masjid tu.(maybe sebab rumah budak tu tak sampai pun 50meter dari pagar masjid). 

jadi dia ajaklah budak tu bertumbuk satu lawan satu. geng yang lain follow je. katanya kalau geng ikut sekali baru ada semangat sikit nak lawan.
"oo nak ajak bertumbuk dengan aku. Boleh.. tapi kita lawan kat dalam pagar rumah aku" kata budak tu.
kami pun follow masuk dalam pagar kawasan pagar rumah tu, brader H memang dah tak sabar nak belasah budak tu.
"woi! cepatlah kalau berani" kata brader H sambil menggenggam penumbuk.
"nanti kejap, aku nak naik atas rumah nak tukar baju dulu." jawab budak tu sambil menaiki tangga tingginya yang hampir setingkat dari kami yang menunggu di bawah. 
tiba-tiba kami terdengar
"MAKKKK!! ADA ORANG AJAK GADUH!!" jerit budak tadi kat depan pintu rumah!
dengar aje suara mak budak tu dari dalam rumah semua lintang pukang lari tak cukup tanah
hampeh betul budak tu, orang bawak geng dia bawak mak dia lak!

ps: terlambat publish, maklumlah pakai blackberry key kecik-kecik nak mengarang pun slow. cerita ni dikarang separuh blackberry separuh dengan mini notebook. dan sedikit masalah teknikal hehehe 







Saturday, August 20, 2011

After Second Day

So far, selepas second day berbuka puasa di tanahair, nampaknya memang eric makan, habis-habisan, 2 hari straight belasah ayam percik! Durian pun masuk menu gak. Will update this blog soon, this was just written using my berry hitam, I prefer using my notebook keyboard, baru puas menaip :) hehehe
Day 1:
0545: arrived KLIA
0600: solat subuh
1030: boarding MH1388 to Kota Bharu, pilot inform some technical problem and flight delayed 30minutes.
1200: arrived at kota bharu airport.
1245: arrived @ home, directly tertido keletihan
1800: bangun solat jamak then drive.
Driving unsyncronized, tertukar gear kat sebelah kanan walau gear is actually at my left handside, dan tertukar signal dengan wiper.

Time buka puasa, misi menuntut bela keatas ayam percik, sup dan sebagainya, balik dari terawih sambung misi lagi.
0000: tido

Day 2
0500: sahur sikit-sikit je.after subuh tido lagi, biological clock still unsyncronized.
1230: baru bangun, gettin ready for solat jumaat.lepas jumaat tertido lagi
1800: ready untuk misi menuntut bela. Ayam percik masih menjadi mangsa, turut sama menjadi mangsa durian, daging bakar, nasi kerabu, cream caramel, etc etc






Wednesday, August 17, 2011

Vacation!!

By the time this post was automatically published, the Aircraft already take off from Dammam airport to Dubai and head straight to KLIA. Buat pertama kalinya sejak memasuki alam pekerjaan, inilah cuti raya paling panjang setakat ini. 3 minggu beb! Take annual vacation selama dua minggu tambah lagi dengan public holiday aidilfitri Saudi seminggu. Tinggal lagi balance cuti 12 hari. Lagi 12 hari tu simpan balance untuk menunaikan ibadah haji pada musim haji nanti.
Airborne! Adios Amigos!

"Sembilan purnama hamba menghilang, kini hamba kembali untuk menuntut bela!"


"Apa! menuntut bela! apa yang tuan hamba maksudkan?"
"Selama sembilan purnama hamba cuma memakan kabsah, nasi mandy, makanan-makanan arab dan sekali sekala memakan lauk tanah melayu dengan suasana arab. sahabat-sahabat hamba dengan selambernya men'tag' gambar makanan malaya di dalam Facebook hingga menjadikan hamba jiwa kacau!"
"jadi apa yang tuan hamba nak lakukan?"
"hamba akan membaham ayam percik, satay, biskut raya, durian dan makanan-makanan yang sewaktu dengannya, dan hamba akan menyerang pasar ramadhan habis-habisan"
"mati-mati hamba ingat tuan hamba nak bunuh orang, tetapi rupa-rupanya hamba tertipu, tipah tertipu bang! tipah tertipu!"


"Wahahaha. Malaysia Here I Come!!"


ps: hamba perlu mencari broadband untuk menyambung blog posting. which broadband is the best in malaysia?

Monday, August 15, 2011

Episode 46: APA! Kurma Habis!





Dalam masa beberapa hari lagi eric akan pulang ke Malaysia untuk berpuasa bersama keluarga dikampung dan juga berhari raya. Biasanya, bila balik Malaysia, banyaklah barang yang di bawa balik termasuklah buah yang sinonim dengan negara padang pasir ni tak lain dan tak bukan buah Tamar atau Kurma. kurma je la ye, takkan nak bawa balik unta lak!.


Dua hari yang lalu eric ke kedai Kurma yang biasa dikunjungi. eric telah menjadi regular customer disitu, banyak jenis kurma dijual tapi cari punye cari kurma yang biasa dibeli, tak jumpa. Apa yang di temui cuma kurma kering yang tidak berapa mengiurkan selera untuk di makan. rupa kurma kering itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan kurma mabrook dan kurma ajwa.
Kurma Mabrook
lalu ditanya kepada pemilik kedai, dan diberitahu kurma jenis tu dah habis stock, termasuklah kurma ajwa (most expensive).
"Ok give me your number and how many kilo do you want, I will order it for you."
"Maybe seven to ten kilos I need"
"You are going back to Malaysia?"
"Yes, before end of this week I will be going back to Malaysia"
"Ok, no problem I will order 10kilos"

Dua hari berlalu, takde pun brader arab tu call bagitau stock dah sampai. Tinggal berapa hari lagi nak balik nih. Kenapa jenis kurma macam tu je yang dicari? Sebab eric suka rasanya tidak terlalu kering dan tidak terlalu basah. Dari pengalaman lepas bila bawak balik malaysia semua orang kata kurma tu sedap. Ok la dengan harga berpatutan kalau nak banding dengan kurma ajwa tanah haram yang cecah harga ratus sekilo.
Kurma Ajwa
Tunggu punya tunggu takde apa-apa panggilan, jadi semalam eric pergi kedai tu sekali lagi. Apabila memasuki kedai itu lansung kurma yang dicari lansung tidak ditemui. bila ditanya tuan kedai tu lagi dah order ke stock baru, boleh dia jawab
"no problem, new stock will be here after eid"


Aduh! Orang nak bawak balik malaysia lagi 2 hari apa cerita suh tunggu lepas raya. Sengal betul la tuan kedai ni. Last-last eric pergi cari kat kedai berdekatan area tu dan terjumpa satu sahaja kedai yang menjual kurma yang dicari, but guess what, harga kurma tu kurang 10riyal je dari kurma ajwa sekilo! kalau tahu jadi camni sebelum puasa dah beli stock untuk bawa balik malaysia.


lepas terawih semalam terjumpa satu lagi kedai, yang belum menaikkan harga kurma tu lagi ketahap harga rendah sikit dari ajwa, tapi harga dah jauh beza dari biasa. jadi eric beli gaklah kerana kesuntukan masa. next task cari kurma muda, yang ni payah sket. Pada musim panas macam sekarang ni, boleh dikatakan banyak kurma mula masak dan bertukar dari basah ke kering, dari masam-masam manis kelat bertukar menjadi "manih letting" (kata orang kelate) hahaha..


tengokla nanti apa yang dapat dibawa balik.

Sunday, August 14, 2011

Pervert!




Hari ni aku taknak cakap banyak, aku terkedu, terkesima, terkujat dan ter-ter yang sama waktu dengannya. Ada seorang readers yang search keyword dalam blog aku yang sememangnya takde lansung kaitan dengan blog ni. Cuba korang tengok perkataan yang bawah sekali tu. damn! Kepala otak aku rasa 'weng' and 'jeng' kejap. Apa la yang otak ko pikir sampai benda macam tu cari dalam blog ni? You search in a wrong page! pervert!
what are you thinking!
ps1:gile tak bleh blah baca those five words, thats why aku slash je. ewww!
ps lagi: Most of the search keyword nampaknya ramai yang cari info pasal 'Menggatal Kahwin Arab' sanggup ke? hahaha! ish.. ish.. ish..

Episode 45: Tak Sengaja Ter'prank' Orang





Kalau korang datang ke Saudi dengan menaiki kereta atau menggunakan jalan di saudi mesti perasan, kat mekah pun sama, cuma kurang sket dari area lain. Diorang punye driver ni jenis yang tak sabar. sikit-sikit hon, sikit-sikit hon. Diorang ni nak pusing kana kiri memang tak penah pakai lampu signal, tapi  hon gak yang diorang pakai. Pendek kata kalau kereta takde hon atau hon rosak boleh dikira kereta tak cukup sifat le tu.

Position lampu isyarat kat saudi ni tak macam malaysia, sebab lampu isyarat saudi diletakkan betul-betul selari dengan garisan putih, iaitu garisan yang kereta tidak sepatutnya melepasi garis tersebut. Di Saudi itulah satu-satunya lampu isyarat untuk kereta-kereta yang menunggu di belakang garisan putih tersebut. kekadang ada juga disediakan traffic light pada palang atas selari dengan garisan putih. kat malaysia traffic light akan di letak di seberang sana untuk memudahkan kereta paling depan nampak the signal. Nak lagi best, kat saudi korang kadang-kadang tak nampak warna lampu isyarat sebab ada tiang lampu jalan betul-betul depan lampu isyarat!
Tiang Lampu depan Traffic Light!
Pemandu saudi lak, kalau kat lampu isyarat macam yang aku cakap tadi memang jenis tak tak sabar. Asal lampu bertukar hijau je terus hon kereta depan even lampu tu baru menyala tak sampai satu saat. (ingat kita ni gaban ke?) Apa yang lagi teruk dari tu kalau ada countdown timer untuk lampu merah bertukar kepada hijau, kadang-kadang tinggal 2 saat lagi dah ada kereta belakang yang start hon bila diorang nampak line clear kat depan. 

Satu lagi tabiat diorang ialah tak suka menunggu di belakang ketika menunggu di lampu isyarat. Maka dengan selamba badaknya diorang akan pintas kereta paling depan melepasi garis putih. Bukan setakat satu kereta tapi kadang kadang sampai 3 kereta! Polis peronda pun boleh selamber tengok buat derkk je dengan puak-puak yang tak reti bahasa ni. Bukan tu je malah ada yang masuk line paling tepi dan secara lansung block orang nak belok ke kanan (Saudi left hand drive)


Potong Line
Macam jalan bapak diorang yang punya
Bila dah jadi macam traffic light berada dibelakang, jadi cemana diorang nak nampak traffic light? kiranya diorang ni lah yang mengambil kesempatan diatas kebodohan mereka sendiri, so bila hon dibelakang berbunyi kaki potong line tu terus jalan! Kadang-kadang diorang potong line macam la nak rush sangat. Tapi bila lampu bertukar hijau dan orang belakang tekan hon dia punye laju tu setakat mengalahkan kura-kura or even worse macam siput! Sakit hati beb kalau dok belakang puak-puak mangkuk hayun ni.

Situasi sebegini memang dah sebati dengan cara diorang. Aku pun dah 'bo' layan, tapi aku memang tak pernah buat cara macam diorang. Aku jaga gak imej sebagai warga Malaysia yang bersopan santun dan berbudi bahasa.. tetapi ada kalanya aku hon banyak kali bila dah naik geram. 

Sehinggalah suatu hari ketika aku baru balik dari tempat kerja, ada sebuah kereta block jalan yang nak menghala ke kanan. Masa tu dari jauh lagi aku hon sebab aku nak cepat, kebetulan lak dua-dua kereta yang potong line di depan tak agak-agak terus memecut dengan laju! dan kereta jalan lain yang tengah greenlight terpaksa brek mengejut. Oh Ow!

Bila polis nampak kesalahan gitu, sendiri mau ingat la, kejar dan saman! hahaha! aku cuma mampu tengok dari jauh dan blah bila kereta yang block tu mengambil posisi potong line. dan bila dah masuk jalan kanan tu aku terfikir, secara tak sengaja aku dah prank orang! 


Kalau selalulah amalkan prank gini, kaya kerajaan dengan duit saman langgar lampu isyarat. Kalau la dibuatnya kereta tu accident teruk, tobat rasa bersalah gak hari tu. But remember, ia juga boleh meningkatkan kadar statistik kematian tertinggi di dunia menjadi lebih dari 17 orang sehari. (current world top rank - Saudi 17 orang)

ps: Saman langgar lampu isyarat boleh tahan tinggi, boleh la beli sebijik sunglass oakley original. 

Saturday, August 13, 2011

Pasar Ramadan saudi

wah! dah 13 hari kita berpuasa, masa kerja kat malaysia dulu memang takleh lari dari beli juadah kat pasar ramadhan. minggu pertama, kedua dan ketiga penuh dengan pelbagai gerai makanan dan minuman. kat malaysia banyak sangat juadah berbuka yang boleh dibeli mengikut selera masing-masing, apa jenis makanan cakap je semua ada. bagaimana pula di saudi? saudi pun ada gak pasar ramadhan cuma skalanye kecik skit. lets just share some picture of pasar ramadhan di sini.

Tak ramai pun pembeli dan penjual

ni je skala terbesar pasar ramadhan Al-Jubail
Kebiasaannya gerai dibuka di depan restaurant arab,
oleh pemilik restaurant itu sendiri.
Jualan jus buah-buahan (tembikai dengan kurma je la)
tapi di tambah dengan rempah kopi arab, minum
aje 2 gelas confirm pening kepala
well, tu pasar ramadhan secara umum, rakyat malaysia pun ada gak buat pasar ramadhan, tapi kat compound rumah yang ditentukan oleh ahli krmj. pada minggu pertama diadakan di Fanateer(tak sempat sebab gi umrah), tapi minggu seterusnya di buka di Jauhara kerana ramai warga malaysia tinggal berdekatan dengan area tersebut. Suasana dan kawasan jualan kelihatan seperti 'black market' hehehe... apa yang di jual lebih kurang macam pasar ramadhan malaysia cuma skala yang amat kecil, cukup la untuk lepas gian makanan malaysia. apa yang magic, selepas satu jam dibuka semua makanan sold out! 
Lorong masuk ke 'black market' hahaaha
makanan nampak sikit je, katanya ramai pergi
buat Umrah tapi ada yang kata penjual merajuk
Candid: Taukey besar dengan Meja Ikea..
mintak maap dah nak raya, jangan marah aa..


ps: teringat tahun pasar ramadhan tahun 2005 hari ke-30 cuma tinggal 3 gerai, satu gerai minuman, satu gerai kuih, satu gerai lemang. dah la tak dapat balik raya, kena kerja lak tu. hari raya makan kfc je! gile sadis!

Wednesday, August 10, 2011

Umrah 6: Berbuka dan Terawih di Masjidil Haram





Macamana ya berbuka puasa di masjidil Haram? Eric pun tak pernah terbayang bagaimana suasana berbuka di sana hinggalah eric merasai sendiri suasana berbuka yang agak meriah. Sesetengah orang kata berbuka di luar masjid dapat banyak makanan free, kalau berbuka dalam masjid, dapat kurma je, jadi macamana sebenarnya? Berikut adalah pengalaman Eric ketika berbuka puasa di Masjidil Haram. 

Ketika terbaring di katil hotel dengan memakai tuala dipinggang sambil melepaskan penat  melakukan ibadah umrah, eric cuba membetulkan urat-urat kaki hasil dari injury di lutut kiri ketika bersa'ie sebelum asar petang itu. eric menekan remote tv mencari siaran live dari masjidil haram. waktu berbuka pada hari itu ialah jam 7:00 malam. kelihatan berpuluh-puluh karpet telah dihamparkan untuk berbuka diluar masjid, berhadapan dengan baabussalam melalui kaca tv. 

Kerana terasa tekak yang terlalu kering ketika itu fikiran eric menerawang terbayang bergelas-gelas air zamzam dan berbotol-botol minuman sedang bermain di fikiran  dan berkata
"uiiii bestnya kalau boleh minum..."

Waktu tinggal sejam lagi sebelum waktu berbuka, lalu eric masuk kebilik mandi untuk membersihkan badan kerana terlalu banyak berpeluh ketika tawaf umrah di tengah panas selepas waktu zohor. Disangkakan air sejuk tetapi air suam yang membasahi tubuh eric, eric memusing tombol shower ke kiri (tanda merah) air panas menyembur terus ke dadanya, eric cepat-cepat mengalihkan dirinya dan memusingkan tombol ke kanan (tanda biru).
"pusing kanan suam, pusing kiri nak melecur rasanya, mandi air suamlah jawabnya"

Setelah mengeringkan badan, di pakainya jubah dan kopiah untuk kemasjid. Ketika menaiki shuttle bas ke masjid kelihatan sebuah lori kecil sedang mebahagi-bahagi nasi kepada pejalan kaki yang menuju ke masjid. Apabila tiba di perhentian bas eric turun, dan tiba-tiba keluar seorang lelaki dari celah lorong kedai menawarkan berpuluh-puluh roti tempayan percuma yang masih panas kepada jemaah yang menuju ke masjidil haram. eric mengambil sekeping roti, oleh kerana masih panas eric memegang dengan kedua belah tangan sambil di tampung dengan sejadah kerana roti itu masih panas dan menyambung perjalanan ke masjid. Cuaca mula redup dan menara jam mula memasang lampu tersergam di hadapan.


Ketika berjalan dengan roti diatas tangannya, seorang pak arab menawarkan buah kurma muda, eric mengambil 2 biji dari kotak yang dipegang pak arab tersebut dan meletakkan di atas rotinya, datang seorang lagi pak arab di sebelah kiri eric meletakkan 2 biji kurma diatas roti yang dibawa eric. Tatkala menjejakkan kaki kedataran masjid, azan mula berkumandang menandakan masuk waktu maghrib dan waktu untuk berbuka puasa, kelihatan ramai orang yang sedang berbuka di dataran. eric memakan sebiji kurma muda dan mencari tempat untuk menikmati juadah berbukanya. Tiba-tiba datang seorang arab yang bertangan kosong berjalan disebelah eric lalu eric memberikan kurma kepadanya.  

Eric menaiki tangga yang menuju ke koridor marwah, kelihatan sorang pakcik tua berbangsa iran sedang memakan hanya sebiji kurma. eric tersenyum dan memberikan separuh cebisan roti kepadanya, dan pakcik itu mengambil sepeket kecil kurma dari beg galasnya dan memberikannya kepada ericdengan senyuman. eric duduk tidak jauh dari pakcik itu untuk menikmati roti yang tinggal separuh. Tiba-tiba datang seorang lagi pakcik tua memberikan secawan kopi rempah, eric membahagi dua roti yang sudah tinggal separuh dan memberikan kepadanya. Pakcik itu tersenyum dan berlalu. eric menikmati baki roti yang tinggal suku bahagian dan meminum kopi rempah yang diterimanya tadi,cukuplah sekadar mengalas perut yang kosong. 


Apabila selesai berbuka ala kadar, iqamat dilaungkan, eric sempat mengambil air zamzam dari tong yang diletakkan sebelah pengawal masjid dan bergegas masuk kedalam masjid dan bersolat di tingkat 3 masjid. Selesai solat maghrib eric meminum 3 cawan lagi air zamzam dari tong yang terletak tidak jauh dari tempat beliau bersolat. Sebelum pulang kehotel eric membeli makanan sebagai makan malam.


Ketika solat isya' dan solat terawih, eric bersolat di tingkat paling atas berbumbungkan langit yang kelihatan berkabus. Diantara 2 rakaat solat terawih kadang kala terlihat menara jam besar sedang menguji lampu sorot yang dipasang pada bulan sabit menara tersebut menjadi lapan garisan mendatar dan dua garisan menegak. 


Setiap rakaat imam membaca surah yang agak panjang, Sesudah lapan rakaat, imam mengumumkan sesuatu dan tiba-tiba memulakan solat jenazah, eric menjadi keliru, biasanya solat terawih 20 rakaat kenapa tiba-tiba ada solat jenazah? Dalam kebuntuan eric beralih ke tepi dan meminum air zamzam dan duduk di tepi anjung masjid. Dari anjung itu terlihat pemandangan jemaah dari atas yang jarang-jarang dapat dilihat. Kelihatan jemaah memenuhi ruang dataran luar masjid hingga ke tepi jalan. solat terawih di masjidil haram berakhir pada pukul 11malam. 


Monday, August 08, 2011

Episode 44: Umrah 6 (Ramadhan)





Selepas seminggu balik dari madinah, eric menyambung trip untuk menunaikan umrah dalam bulan Ramadhan buat pertama kalinya. Eric tidak pernah terfikir akan merasai pengalaman menunaikan umrah dan berpuasa di kota Makkah. Dengarnya pahala umrah dalam bulan Ramadhan umpama pahala menunaikan haji. yelah, kalau solat sunat sahaja dalam bulan puasa umpama pahala solat fardu. digandakan pula dengan menunaikannya di Masjidilharam yang pahalanya digandakan seratus ribu kali lebih dari masjid-masjid biasa kecuali masjid nabawi (1000 kali) dan masjidil aqsa (500kali).

Berbeza dengan umrah-umrah sebelumnya, umrah kali ini di tunaikan bukan sahaja dalam keadaan sedang berpuasa di bulan Ramadhan malahan dalam suhu tertinggi musim panas! selepas check-in di Hotel Mercure Umm Al-qura, yang agak jauh dari masjidil haram, apa yang eric fikir cuma mahu cepat menyelesaikan semua rukun umrah. nasib baiklah hotel menyediakan shuttle bus untuk ke masjidil haram.
Bulan sabit Menara Jam yang tertinggi
hampir siap sepenuhnya.
Tiba sahaja di dataran kaabah Eric terus menuju ke hajarul aswad namun tidak dapat mendekatinya kerana terlalu ramai yang berebut untuk mengucupnya tengahari tersebut. cuaca agak panas terik selepas solat zohor. Eric meneruskan berniat dan melambai hajarul aswad sebagai memulakan tawaf pertama. apabila beberapa langkah sebelum berada dihadapan makam ibrahim, seseorang dari belakang merempuh bahu kiri eric hingga terpaling dari kaabah, maka terpaksalah eric memulakan kembali pusingan pertama.

selesai pusingan pertama peluh mula membasahi seluruh wajah eric, kelihatan beberapa titik peluh mengalir menerusi kaca mata hitam yang dipakainya. Selesai beberapa pusingan lagi, tekak mulai terasa amat kering, mungkin kerana banyak kehilangan air dan berpeluh akibat cuaca yang amat panas. tetapi eric meneruskan juga hingga selesai tujuh pusingan sebelum bersolat sunat selepas tawaf di hadapan multazam. 

kebiasaannya eric akan meminum air zam-zam sebelum memulakan ibadah Sa'ie, tetapi kerana berpuasa, eric cuba mengambil air untuk membasahkan muka untuk mengurangkan kepanasan tetapi gagal berikutan berlaku perebutan dan tolak menolak di kawasan telaga zam-zam. mungkin kerana hanya telaga zam-zam sahaja menjadi sumber air pada ketika itu, tong-tong air zamzam tidak di sediakan ketika ramadhan malahan sumber lain yang menyalurkan air zam-zam pula ditutup. kelihatan beberapa orang yang meminum air zam-zam walaupun bulan Ramadhan, musafir agaknya fikir eric. beberapa bangsa asing lain pula membasuh muka dengan air zam-zam. tidak kurang juga yang menyiram air ke atas kepala. eric berlalu hampa menuju ke bukit safa.

eric duduk berehat sebentar untuk menghilangkan penat dan mengurangkan suhu badan apabila peluhnya mulai kering untuk mengelakkan hyperthermia*. selepas keletihannya mulai hilang dan suhu badannya mulai turun, eric memulakan rukun sa'ie pula. ketika perjalanan ketujuh dari safa ke Marwah,  beberapa langkah sebelum mendaki bukit marwah eric tidak menyedari dia terpijak lopak air diatas lantai marmar. 

tiba-tiba kaki kanannya tergelincir dan eric jatuh hampir tertiarap dengan lutut kiri terhentak ke lantai yang basah. insan manalah yang mencurah air zam-zam ke lantai itu hingga menyebabkan kejadian itu berlaku. kerana lututnya terasa amat sakit, bercampur dengan keletihan dan masih terkejut, eric cuba untuk bangun, tetapi agak sukar untuk berdiri semula. beberapa orang yang bersa'ie dibelakang eric sebelum beliau terjatuh mengangkat lengan eric untuk membantu eric bangun semula. perlahan-lahan eric bangun dan berjalan terhincut-hincut mendaki bukit Marwah sambil menahan kesakitan lutut kirinya. 

selepas selesai bertahalul di marwah, eric berjalan perlahan-lahan menginggalkan ruangan sa'ie, dan duduk di kawasan yang teduh disebelah pakcik berbangsa jordan yang juga dalam ihram  sambil menunggu masuknya waktu asar. setiap kali bersujud ketika solat asar eric terpaksa menahan kesakitan lutut kirinya yang mula membengkak dan lebam. selesai solat asar eric balik semula ke bilik hotel lantas berbaring, keletihan, kedahagaan, kesakitan dan kekeringan (oh!) terbayang-bayang air zam-zam yang dingin untuk membasahi tekaknya yang kering, tetapi terpaksa menahannya kerana sedang berpuasa...

*Hypertermia: kenaikan suhu badan akibat menyerap terlalu banyak haba lebih dari haba yang dapat dibebaskan oleh badan. suhu badan boleh meningkat dengan amat tinggi dan boleh mengakibatkan 'heat-stroke' dan jika terlalu extreme boleh mengakibatkan maut. (bukan panas macam demam)

PS: coming up next pengalaman berbuka puasa

Wednesday, August 03, 2011

Ziarah Madinah II Part II

Kemudian kami dibawa pula melawat sebuah telaga yang dinamakan telaga cincin. sekarang telaga ni dah berubah menjadi kolam air pancut. telaga cincin ini juga merupakan salah satu sejarah dimana rasulullah memberi perkhabaran syurga kepada para sahabat yang ingin bertemu dengan beliau melalui pengawal yang mengawal pintu masuk ke kawasan telaga itu termasuklah saidina Uthman bin affan. 

ketika rasulullah dan para sahabat duduk di sisi telaga dengan kaki menghala ke dalam telaga, saidina Uthman bin affan diperkhabarkan mengenai satu fitnah yang besar yang bakal berlaku pada penghujung zaman pemerintahan beliau. dan ketika itulah cincin yang dipakai oleh saidina uthman terjatuh kedalam telaga tersebut. lantas saidina uthman menyuruh askar beliau mencari cincinnya tetapi gagal. dari situlah telaga tersebut dinamakan telaga cincin.

kemudian kami dibawa pula melawat bukit uhud buat kali keduanya. dalam ziarah yang lalu eric cuma naik atas bukit uhud sambil mengambil gambar, tapi kali ini bila ada orang yang arif mengenai sejarah barulah perasan rupa-rupanya ada perkuburan ahli yang syahid dalam perang tersebut termasuklah bapa saudara rasulullah yang di makamkan yang dikelilingi batu. di dalam kawasan perkuburan yang agak luas berhampiran dengan masjid.
gambar kini bukit pemanah tentera islam
ketika perang uhud
penerangan dari pelajar universiti Madinah
di hadapan perkuburan uhud 
sekali lagi kami dibawa ke masjid khandak, yang juga dikenali dengan masjid tujuh. jika melawat kemasjid ini sekarang, cuma lima sahaja masjid kecil yang tinggal kerana dua daripada masjid kecil telah di robohkan. masjid, masjid ini adalah merupakan tempat perteduhan para sahabat rasulullah ketika perang khandak. 


Ketika itu masa sedang menghampiri waktu zohor maka kami terus ke hotel elaff taiba untuk meletakkan bag sebelum check in. oleh kerana semua peserta hanya boleh check in selepas jam 2:30 maka semua peserta bersolat zohor di masjid nabawi dan lunch terlebih dahulu. Elaff Taiba hotel terletak kurang dari 100m dari pagar masjid nabawi. Pemandangan dari tingkap bilik hotel menampakkan keseluruhan kawasan masjid nabawi. tidak sia-sia mengikut rombongan ini apabila mendapat bilik yang sedemikian rupa.
Pemandangan selepas solat Asar
Masjid Nabawi diterangi cahaya pada waktu malam
Pada sebelah malam pula kami mengikuti satu lagi sessi lawatan di sekeliling masjid nabawi, termasuklah:-
A. Saqeefah bani Sa'idah (Balai pertemuan diceritakan tentang kewafatan rasulullah dan perlantikan Abu bakar sebagai khalifah kepimpinan islam selepas Rasulullah saw)
Kehijauan dalam Saqeefah Bani Sa'idah
B. Masjid Ghamamah berhampiran masjid Saidina Umar dan Masjid Saidina Ali (masjid yang digunakan untuk solat hari raya (rasulullah memilih tanah lapang) dan solat istisqa' (minta hujan)
Masjid Ghamamah
C. Makam Rasulullah dan sahabat berhampiran mimbar
D. Perkuburan Baqi'
Plan Masjid Nabawi dan kawasan yang dilawati
Banyak kisah yang di ceritakan oleh pelajar Universiti Madinah ketika ziarah termasuklah kisah kewafatan nabi dengan detail sekali dengan penuh perasaan sehingga beliau sendiri menangis. Oleh kerana terlalu banyak kisah, mungkin akan di ceritakan kemudian.




Monday, August 01, 2011

Episode 43: Ziarah Madinah II






semenjak dua menjak ni memang banyak idea untuk update episode macam biasa, tapi bila dah eric tak sempat update lalu terlebih banyak flowing out macam tu je. sepatutnya eric dah start semalam, tapi lepas solat isya' semalam terus tido. oleh kerana terlalu letih dan tak cukup rehat, tak biasa tertido that early. letih? why aaa? ye la baru balik dari ziarah madinah mengikut trip Kelab Rakyat Malaysia Jubail (krmj) dan macam biasa naik bas. biasanya satu bas je, tapi oleh kerana permintaan yang amat menggalakkan last-last jadi rombongan dua buah bas.

ini adalah kali kedua eric ziarah madinah, tak macam fisrt time dulu boleh kata sempat la solat sunat di semua masjid-masjid bersejarah di kota madinah. tapi this time sempat solat sunat hanya di masjid quba'. dan dikatakan barang siapa yang berwudu' sebelum memasuki kota madinah kemudian bersolat satu atau dua rakaat maka pahalanya adalah umpama pahala melakukan umrah. what ever it is, eric lebih prefer pahala buat umrah sendiri di kota makkah baru ada feel sket kan?


berhampiran dengan masjid Quba' biasanya ada banyak jenis kurma dan banyak jenis kacang yang dijual kepada para pengunjung. dan kurma yang paling famous kat sini ialah kurma ajwa. kurma ajwa adalah kurma paling mahal jika dibandingkan dengan buah kurma yang lain. terdapat dua jenis kurma ajwa iaitu kurma ajwa yang di tanam di tanah halal, dan kurma yang di tanam di tanah haram (kawasan tanah haram madinah) dan yang pastinya kurma ajwa tanah haram adalah kurma yang paling mahal. kalau datang sini elok sangatlah beli sebab boleh dikatakan disini semua pun dijual lebih murah dari biasa terutamanya berhampiran masjid Quba dan bukit uhud.

kedai kurma depan masjid Quba kat pintu kaca di tampal - "disini
Tersedia macam2 korma"

kali pertama dulu ikut rombongan melawat bukit uhud, masjid quba', masjid dua kiblat, dan masjid masjid lain tak ada tourist guide pun, tapi kali ni krmj menjemput dua orang pelajar masjid madinah sebagai seorang yang arif tentang sejarah-sejarah setiap tempat yang di lawati. biar eric ceritakan setiap satu sejarah pendek yang di ceritakan ketika lawatan tersebut sebagai refresher subjek arab sejarah islam zaman sekolah arab dulu. 


sesuatu yang tidak di ceritakan masa lawatan pertama dulu baru di ketahui apabila diterangkan dan di tunjukkan oleh salah seorang pelajar universiti madinah. salah satunya masjid dua qiblat. pada asalnya masjid ini berqiblatkan mengikut masjidil aqsa iaitu kearah utara, maka puak-puak yahudi mengejek dan mempersoal kerana masjid itu arah qiblatnya kearah kiblat mereka, ketika rasulullah ingin menunaikan solat zohor. ketika itulah wahyu diturunkan kepada rasulullah untuk menukar kiblat kearah kaabah di masjidil haram iaitu 180 darjah ke selatan. maka dari situlah masjid tersebut dikenali sebagai masjid dua kiblat atau kiblatain..


To Be Continued...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages