Macamana ya berbuka puasa di masjidil Haram? Eric pun tak pernah terbayang bagaimana suasana berbuka di sana hinggalah eric merasai sendiri suasana berbuka yang agak meriah. Sesetengah orang kata berbuka di luar masjid dapat banyak makanan free, kalau berbuka dalam masjid, dapat kurma je, jadi macamana sebenarnya? Berikut adalah pengalaman Eric ketika berbuka puasa di Masjidil Haram.
Ketika terbaring di katil hotel dengan memakai tuala dipinggang sambil melepaskan penat melakukan ibadah umrah, eric cuba membetulkan urat-urat kaki hasil dari injury di lutut kiri ketika bersa'ie sebelum asar petang itu. eric menekan remote tv mencari siaran live dari masjidil haram. waktu berbuka pada hari itu ialah jam 7:00 malam. kelihatan berpuluh-puluh karpet telah dihamparkan untuk berbuka diluar masjid, berhadapan dengan baabussalam melalui kaca tv.
Kerana terasa tekak yang terlalu kering ketika itu fikiran eric menerawang terbayang bergelas-gelas air zamzam dan berbotol-botol minuman sedang bermain di fikiran dan berkata
"uiiii bestnya kalau boleh minum..."
Waktu tinggal sejam lagi sebelum waktu berbuka, lalu eric masuk kebilik mandi untuk membersihkan badan kerana terlalu banyak berpeluh ketika tawaf umrah di tengah panas selepas waktu zohor. Disangkakan air sejuk tetapi air suam yang membasahi tubuh eric, eric memusing tombol shower ke kiri (tanda merah) air panas menyembur terus ke dadanya, eric cepat-cepat mengalihkan dirinya dan memusingkan tombol ke kanan (tanda biru).
"pusing kanan suam, pusing kiri nak melecur rasanya, mandi air suamlah jawabnya"
Setelah mengeringkan badan, di pakainya jubah dan kopiah untuk kemasjid. Ketika menaiki shuttle bas ke masjid kelihatan sebuah lori kecil sedang mebahagi-bahagi nasi kepada pejalan kaki yang menuju ke masjid. Apabila tiba di perhentian bas eric turun, dan tiba-tiba keluar seorang lelaki dari celah lorong kedai menawarkan berpuluh-puluh roti tempayan percuma yang masih panas kepada jemaah yang menuju ke masjidil haram. eric mengambil sekeping roti, oleh kerana masih panas eric memegang dengan kedua belah tangan sambil di tampung dengan sejadah kerana roti itu masih panas dan menyambung perjalanan ke masjid. Cuaca mula redup dan menara jam mula memasang lampu tersergam di hadapan.
Ketika berjalan dengan roti diatas tangannya, seorang pak arab menawarkan buah kurma muda, eric mengambil 2 biji dari kotak yang dipegang pak arab tersebut dan meletakkan di atas rotinya, datang seorang lagi pak arab di sebelah kiri eric meletakkan 2 biji kurma diatas roti yang dibawa eric. Tatkala menjejakkan kaki kedataran masjid, azan mula berkumandang menandakan masuk waktu maghrib dan waktu untuk berbuka puasa, kelihatan ramai orang yang sedang berbuka di dataran. eric memakan sebiji kurma muda dan mencari tempat untuk menikmati juadah berbukanya. Tiba-tiba datang seorang arab yang bertangan kosong berjalan disebelah eric lalu eric memberikan kurma kepadanya.

Eric menaiki tangga yang menuju ke koridor marwah, kelihatan sorang pakcik tua berbangsa iran sedang memakan hanya sebiji kurma. eric tersenyum dan memberikan separuh cebisan roti kepadanya, dan pakcik itu mengambil sepeket kecil kurma dari beg galasnya dan memberikannya kepada ericdengan senyuman. eric duduk tidak jauh dari pakcik itu untuk menikmati roti yang tinggal separuh. Tiba-tiba datang seorang lagi pakcik tua memberikan secawan kopi rempah, eric membahagi dua roti yang sudah tinggal separuh dan memberikan kepadanya. Pakcik itu tersenyum dan berlalu. eric menikmati baki roti yang tinggal suku bahagian dan meminum kopi rempah yang diterimanya tadi,cukuplah sekadar mengalas perut yang kosong.
Apabila selesai berbuka ala kadar, iqamat dilaungkan, eric sempat mengambil air zamzam dari tong yang diletakkan sebelah pengawal masjid dan bergegas masuk kedalam masjid dan bersolat di tingkat 3 masjid. Selesai solat maghrib eric meminum 3 cawan lagi air zamzam dari tong yang terletak tidak jauh dari tempat beliau bersolat. Sebelum pulang kehotel eric membeli makanan sebagai makan malam.
Ketika solat isya' dan solat terawih, eric bersolat di tingkat paling atas berbumbungkan langit yang kelihatan berkabus. Diantara 2 rakaat solat terawih kadang kala terlihat menara jam besar sedang menguji lampu sorot yang dipasang pada bulan sabit menara tersebut menjadi lapan garisan mendatar dan dua garisan menegak.
Setiap rakaat imam membaca surah yang agak panjang, Sesudah lapan rakaat, imam mengumumkan sesuatu dan tiba-tiba memulakan solat jenazah, eric menjadi keliru, biasanya solat terawih 20 rakaat kenapa tiba-tiba ada solat jenazah? Dalam kebuntuan eric beralih ke tepi dan meminum air zamzam dan duduk di tepi anjung masjid. Dari anjung itu terlihat pemandangan jemaah dari atas yang jarang-jarang dapat dilihat. Kelihatan jemaah memenuhi ruang dataran luar masjid hingga ke tepi jalan. solat terawih di masjidil haram berakhir pada pukul 11malam.

No comments:
Post a Comment