"Ada kenal orang-orang kat masjid tadi?" tanya mak aku.
"Sorang pun tak kenal,semua muka baru. Tok imam Hj Rahim pun takde, tapi adik dia ustaz muhammad ada. Sorang tu je la yang kenal pun" jawab aku yang baru balik dari solat terawih kat masjid tak jauh dari rumah.
Masjid sementara kat kampung aku sekarang ni cuma boleh memuatkan 60 orang jemaah lelaki sahaja, sementara menunggu masjid lama yang dalam pembinaan semula tambah setingkat dan ruangan yang jauh lebih besar dari saiznya sebelumnya. Mana geng-geng lama kampung dulu? entah lah beb semua dah ilang, brader P aku jumpa time raya lepas, tapi dia nak tegur pun segan-segan, tapi aku yang tegur dulu sempat gak bertanya khabar. tahun ni takde lak nampak dia time jalan kaki nak gi masjid.
brader B last aku jumpa hampir sepuluh tahun lepas masa kerjanya jual kereta second hand. dah tak nampak terus. Brader H dengar cerita dari mak dia jadi pereka dan pengurus tarian kebudayaan, lagi la lama tak nampak padahal belakang rumah je. ramai lagi geng yang on and off dulu, kebanyakannya missing in action. dalam geng lama ada la dua orang mamat ni yang agak aktif dalam aktiviti junior gangterism, tapi nampaknya berubah perangai jadi berlagak abis, kita senyum pun buat tak tau, kalau macam ni baik takyah tegur lantaklah malas aku nak layan orang bodoh sombong macam ni. tayang kereta mengalahkan orang yang pakai ferarri, tu baru pakai kereta proton wira! wa talak heran ma! kalau ajak race pun asap kereta aku pun diorang tak sempat nak makan!
cuma harapnya takdelah yang terlibat jadi 'doktor inject sendiri' maklumlah dulu area kampung ni jadi drug black area, hari-hari polis masuk dengan motor kapcai. drug lord kat sini dengarnya dah dua tiga kali keluar masuk penjara, bukan penjara je, pusat serenti pun sama dua tiga kali keluar masuk. sebut je nick name dia semua orang kenal, takyah la aku sebut hehehe
Pergi terawih semalam, bila lalu depan sebuah rumah, teringat lak zaman-zaman BMX, kami ni memang tak pernah tinggal solat maghrib dan isya' kat masjid. antara waktu maghrib dan Isya' time tu la banyak masa untuk beberapa aktiviti termasuk main mercun (ramadhan je). ada satu malam lepas solat maghrib, tiba-tiba brader H tak puas hati dengan sorang budak yang juga selalu solat kat masjid tu.(maybe sebab rumah budak tu tak sampai pun 50meter dari pagar masjid).
jadi dia ajaklah budak tu bertumbuk satu lawan satu. geng yang lain follow je. katanya kalau geng ikut sekali baru ada semangat sikit nak lawan.
"oo nak ajak bertumbuk dengan aku. Boleh.. tapi kita lawan kat dalam pagar rumah aku" kata budak tu.
kami pun follow masuk dalam pagar kawasan pagar rumah tu, brader H memang dah tak sabar nak belasah budak tu.
"woi! cepatlah kalau berani" kata brader H sambil menggenggam penumbuk.
"nanti kejap, aku nak naik atas rumah nak tukar baju dulu." jawab budak tu sambil menaiki tangga tingginya yang hampir setingkat dari kami yang menunggu di bawah.
tiba-tiba kami terdengar
"MAKKKK!! ADA ORANG AJAK GADUH!!" jerit budak tadi kat depan pintu rumah!
dengar aje suara mak budak tu dari dalam rumah semua lintang pukang lari tak cukup tanah
hampeh betul budak tu, orang bawak geng dia bawak mak dia lak!
ps: terlambat publish, maklumlah pakai blackberry key kecik-kecik nak mengarang pun slow. cerita ni dikarang separuh blackberry separuh dengan mini notebook. dan sedikit masalah teknikal hehehe
No comments:
Post a Comment