Selepas seminggu balik dari madinah, eric menyambung trip untuk menunaikan umrah dalam bulan Ramadhan buat pertama kalinya. Eric tidak pernah terfikir akan merasai pengalaman menunaikan umrah dan berpuasa di kota Makkah. Dengarnya pahala umrah dalam bulan Ramadhan umpama pahala menunaikan haji. yelah, kalau solat sunat sahaja dalam bulan puasa umpama pahala solat fardu. digandakan pula dengan menunaikannya di Masjidilharam yang pahalanya digandakan seratus ribu kali lebih dari masjid-masjid biasa kecuali masjid nabawi (1000 kali) dan masjidil aqsa (500kali).
Berbeza dengan umrah-umrah sebelumnya, umrah kali ini di tunaikan bukan sahaja dalam keadaan sedang berpuasa di bulan Ramadhan malahan dalam suhu tertinggi musim panas! selepas check-in di Hotel Mercure Umm Al-qura, yang agak jauh dari masjidil haram, apa yang eric fikir cuma mahu cepat menyelesaikan semua rukun umrah. nasib baiklah hotel menyediakan shuttle bus untuk ke masjidil haram.
Bulan sabit Menara Jam yang tertinggi hampir siap sepenuhnya. |
Tiba sahaja di dataran kaabah Eric terus menuju ke hajarul aswad namun tidak dapat mendekatinya kerana terlalu ramai yang berebut untuk mengucupnya tengahari tersebut. cuaca agak panas terik selepas solat zohor. Eric meneruskan berniat dan melambai hajarul aswad sebagai memulakan tawaf pertama. apabila beberapa langkah sebelum berada dihadapan makam ibrahim, seseorang dari belakang merempuh bahu kiri eric hingga terpaling dari kaabah, maka terpaksalah eric memulakan kembali pusingan pertama.
selesai pusingan pertama peluh mula membasahi seluruh wajah eric, kelihatan beberapa titik peluh mengalir menerusi kaca mata hitam yang dipakainya. Selesai beberapa pusingan lagi, tekak mulai terasa amat kering, mungkin kerana banyak kehilangan air dan berpeluh akibat cuaca yang amat panas. tetapi eric meneruskan juga hingga selesai tujuh pusingan sebelum bersolat sunat selepas tawaf di hadapan multazam.
kebiasaannya eric akan meminum air zam-zam sebelum memulakan ibadah Sa'ie, tetapi kerana berpuasa, eric cuba mengambil air untuk membasahkan muka untuk mengurangkan kepanasan tetapi gagal berikutan berlaku perebutan dan tolak menolak di kawasan telaga zam-zam. mungkin kerana hanya telaga zam-zam sahaja menjadi sumber air pada ketika itu, tong-tong air zamzam tidak di sediakan ketika ramadhan malahan sumber lain yang menyalurkan air zam-zam pula ditutup. kelihatan beberapa orang yang meminum air zam-zam walaupun bulan Ramadhan, musafir agaknya fikir eric. beberapa bangsa asing lain pula membasuh muka dengan air zam-zam. tidak kurang juga yang menyiram air ke atas kepala. eric berlalu hampa menuju ke bukit safa.
eric duduk berehat sebentar untuk menghilangkan penat dan mengurangkan suhu badan apabila peluhnya mulai kering untuk mengelakkan hyperthermia*. selepas keletihannya mulai hilang dan suhu badannya mulai turun, eric memulakan rukun sa'ie pula. ketika perjalanan ketujuh dari safa ke Marwah, beberapa langkah sebelum mendaki bukit marwah eric tidak menyedari dia terpijak lopak air diatas lantai marmar.
tiba-tiba kaki kanannya tergelincir dan eric jatuh hampir tertiarap dengan lutut kiri terhentak ke lantai yang basah. insan manalah yang mencurah air zam-zam ke lantai itu hingga menyebabkan kejadian itu berlaku. kerana lututnya terasa amat sakit, bercampur dengan keletihan dan masih terkejut, eric cuba untuk bangun, tetapi agak sukar untuk berdiri semula. beberapa orang yang bersa'ie dibelakang eric sebelum beliau terjatuh mengangkat lengan eric untuk membantu eric bangun semula. perlahan-lahan eric bangun dan berjalan terhincut-hincut mendaki bukit Marwah sambil menahan kesakitan lutut kirinya.
selepas selesai bertahalul di marwah, eric berjalan perlahan-lahan menginggalkan ruangan sa'ie, dan duduk di kawasan yang teduh disebelah pakcik berbangsa jordan yang juga dalam ihram sambil menunggu masuknya waktu asar. setiap kali bersujud ketika solat asar eric terpaksa menahan kesakitan lutut kirinya yang mula membengkak dan lebam. selesai solat asar eric balik semula ke bilik hotel lantas berbaring, keletihan, kedahagaan, kesakitan dan kekeringan (oh!) terbayang-bayang air zam-zam yang dingin untuk membasahi tekaknya yang kering, tetapi terpaksa menahannya kerana sedang berpuasa...
*Hypertermia: kenaikan suhu badan akibat menyerap terlalu banyak haba lebih dari haba yang dapat dibebaskan oleh badan. suhu badan boleh meningkat dengan amat tinggi dan boleh mengakibatkan 'heat-stroke' dan jika terlalu extreme boleh mengakibatkan maut. (bukan panas macam demam)
PS: coming up next pengalaman berbuka puasa
No comments:
Post a Comment